Friday, 6 January 2012

Sewa Rumah

Setiap awal bulan tarikh tepatnya 4hb ke atas mesti saya stress. Mana tak stressnya, mintak sewa rumah sendiri dah macam mintak hak orang. Mengemis pulak rasanya bila lama-lama. Saya pun pernah duduk menyewa, lewat sehari tuan rumah dah sms/call tanya dah bayar sewa atau belum. Dulu beriya-iya nak menyewa, tak kisah dan akan bayar on time sampai la status rumah bertukar. Tapi bila tiba masanya macam-macam la pulak ragamnya. Kita balik yang nak dimarahnya. Awal dulu dah remind, kalau rasa tak bersedia, jangan menyewa. Tunggu selesai semuanya, sementara tu saya berhak menyewakan kepada orang lain. Tapi aggreement di tandatangan jugak. Bila cukup bulan, minta duit sewa, kita balik yang stress! Mau kene darah tinggi aku! Dari semalam sms tanyakan bayaran sewa rumah, sekali je berbalas. Itu pun dengan jawapan mengaitkan pihak ketiga. Saya tak mahu tau selagi takde hitam putih diterima di pihak saya. Sudahnya, lawyer jugaklah yang saya cari. MEmang melampau bakal pembeli rumah saya ni yang berstatus penyewa. Kalau ikut hati Pak Incek, dia nak telefon sahaja, saya sahaja yang tak benarkannya. Saya masih beri masa walau dah lebih 10 sms di hantar hanya 1 berbalas. Nak kata takde duit, apa kejadahnya nak membeli rumah. Saya tak rasa tak ada duit, cuma liat nak membayar. Mesti sayang poket. Mana taknya, selagi urusan jual beli tak selesai dia dikategori as penyewa. Pilihan tu takde sapa paksa pun. Sendiri pilih, sendiri la kena commit. Tak ke menyusahkan orang lain? Tak pasal-pasal saya stress setiap end of the month. Bukan mahal pun, saya dah tolak ansur menurunkan kadar sewa sedikit, then first 3 month pun tak perlu nak bayar. Apa lagi???



Kalaulah puan penyewa, ke anak puan penyewa ke, makcik puan penyewa ke, bapak puan penyewa ke,  sapa2 yang berkait dengan puan penyewa tu, terbaca blog saya ni (bajet ramai yang baca walhal follower takat 38 org jek..hehe) tolonglah bayar seperti yang sepatutnya. Saya pun terpaksa buat installment tiap bulan selagi tak bertukar tuan. Saya tak larat lah tiap bulan nak jadi ceti haram !!!


3 comments:

  1. memang stress kalau gini. Kita mintak duit kita bukan mintak sedekah, kan?

    ReplyDelete
  2. pasal bajet ramai yg baca - jangan sangka follower sikit, tukang baca sikit. Kena akkakk ni ha..... yg diperli pun rupanya dah terbaca. hahahahaha HAMBIK KAU! Dunia ni kecik aje :))

    ReplyDelete
  3. hahah..angka follower lebih kecik dibanding angka pembaca..kan kan kan..

    ReplyDelete

Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.

PENAFIAN @ DISCLAIMER

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di alenewphase.blogspot.com ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada alenewphase.blogspot.com. SEKIAN.

Adalah dimaklumkan sekali lagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998