Baca Surah Al-Kahf Malam Jumaat

Hari jumaat penghulu segala hari. Bila tiba je hari jumaat, mood semua orang ceria dan focus pada kerja mungkin dah turun sikit..hehehe..Maklumlah esok sabtu dan banyak acara dan aktiviti nak buat. Macam saya, cuti 4 hari ni macam-macam nak buat. Mampu tak mampu je la kan. Berbalik cerita pasal JUMAAT penghulu segala hari ni, selalu sangat kita dengan orang kata 'Malan jumaat aku nak baca Yaasin lah'. Tapi apa kata kita tukar kebiasaan kita dari membaca Yaasin hanya tertakluk pada hari jumaat, kita baca yassin hari-hari yang lain dan malam jumaat kita baca surah Al-Kahf sebab banyak kelebihan membaca surah Alkafi dan ada hadis yang tercatit kepentingan surah al-kahf.


Info diperolehi dari ustaz Azhar Idrus menyatakan Yaasin boleh dibaca setiap masa jangan khusus untuk hari jumaat sahaja.

Selamat beramal kita bersama.

Comments

Popular Posts