Monday, 20 February 2012

Hepatitis B dan Hilang Berat

Pagi ni tak dapat menemankan dia ke hospital. Lagipun katanya hanya ambil sample darah dan buat appointment untuk 2nd scope. 

Tapi tiba-tiba dapat news yang terkini HEP B dah mula aktif semula. Hmm..Setahun lepas, dia langsung tak follow up HEP B sebab katanya dia rasa ok. Berkenaan HEP B ni aku dah tau lama, puas jugak mulut ni bebel untuk follow up. Entahlah, dah jadi macam ni, aku redha je.

Pagi-pagi lagi terima sms 'lost weight 3kg'. Aku akui seleranya semakin berkurang. Tak sampai 3 minggu dah turun 3kg. 'Baguslah! Takyah la B sibuk nak diet macam selalu..:)' Aku sekadar bercanda menyedapkan hatinya sedangkan hati aku sendiri rungsing.

Next scope pada 24 Februari 2012. Kali ini prosedurnya agak panjang sedikit daripada biasa. Harap-harap semuanya dipermudahkan. Amin




No comments:

Post a Comment

Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.

PENAFIAN @ DISCLAIMER

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di alenewphase.blogspot.com ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada alenewphase.blogspot.com. SEKIAN.

Adalah dimaklumkan sekali lagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998