Mohon Doa Kalian

10 Feb 2012 di ward day care doc dapatkan beberapa sample. Dimaklumkan samar-samar itu tanda-tanda canser! Argh..luluh hati, tapi sebagai isteri aku perlu lebih kuat. 22 Februari 2012 perlu datang untuk consultation dan sebagainya. 

Sepanjang perjalanan balik, sunyi cuma deejay radio membebel. Aku sendiri kecamuk dan tak tahu nak mulakan bagaimana. Yang anehnya, aku macam tak boleh nak berfikir. Sejak itu, semuanya jadi sepi. Biasanya walau hanya berdua, rumah riuh dengan suara gelak aku dan dia. Tapi tidak sejak 10 Feb 2012. Sunyi, sepi. Cuma sesekali bobby mengiau manja minta dibelai mungkin. Berdebar tak usah ceritalah menunggu 22 Feb 2012 untuk dapatkan keputusan. 

Pagi 13 Feb 2012, dia hubungi lab tanyakan keputusan sample tissue. Tengahari Doc Azlin maklumka appoinment dipercepatkan dari 22 Feb 2012 ke 17 Feb 2012. Bila didesak, dengan perlahan Doc maklumkan 'sample tissu yang diambil positive canser!'..Aku perhatikan matanya yang layu dan sedikit berair. Aku tahu dia cuba bertabah demi aku. Atas permintaan, perkara ini dirahsiakan dari keluarga buat sementara waktu. Masih tak bersedia. Dia perlu kuat dan bersemangat. Aku takut dengan simpati keluarga akan bertambah menyedihkannya. 

Tiap malam terjaga, melihat dia masih duduk termenung. Bacaan doa waktu solatnya panjang. 'B redha dengan takdirnya. Allah beri peluang merasa seperti arwah mak rasa dulu' itu kata-katanya. Aku tahu kehilangan mak 4 bulan lepas masih lagi berbekas, kemudian kehilangan kawan baiknya baru-baru ini menambah sesak dadanya. Berita kesihatannya juga seakan mencabar kesabarannya. Aku hanya mampu memeluknya sambil melagukan kata-kata semangat. Semuanya macam mimpi. Macam drama swasta, tapi realitinya berlaku pada aku. 

Semoga dia kuat, kuat dan terus kuat bersemangat. Hari ini 15 Feb 2012 dia terpaksa dikejarkan ke kecemasan, kerana bleeding. Kasihan melihat mukanya yang cuba menahan kesakitan. Semoga semuanya dipermudahkan. 

Aku hanya mohon doa kalian agar kami dipermudahkan.

Comments

  1. Allahuakbar! Kak Lya doakan Azah dan suami tabah dengan segala dugaan. Jangan putus asa. Teruskan mencari penawar. Buat solat sunat banyak2 esp sunat dhuha dan sedekahkan solat sunat dhuha buat seluruh urat dan saraf dalam badan. Kak Lya dapat dari seorang guru agama.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kak..Doa2 dan kata-kata semangat adalah satu kekuatan. Insyaallah..

    ReplyDelete

Post a Comment

Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.