PANAS BARAN
Maksud Panas Baran mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi ke Empat ialah cepat naik darah, lekas marah, sangat pemarah .
Beberapa malam lepas, game bola sepak Pahang vs ATM. Salah sorang pemain dari pahang bertindak kasar dan panas baran akhirnya dikenakan kad merah dan keluar padang. Kerugian pada team pahang dan menambah beban pasukan yang terpaksa bermain dengan 10 pemain sahaja. Ini dalam kes permainan.
Dalam hal rumahtangga, kemarahan yang tidak dikawal boleh menjadi panas baran dan akan mampu mendatangkan kecederaan pada pasangan dan anak. Kejadian yang terbaru penyanyi Ani Mayuni di belasah oleh suami selepas meminta dibelikan sarapan pagi. Diakui oleh Ani Mayuni bahawa si suami memang bersikap panas baran. Suami jadi pelindung, tapi kalau suami sendiri ringan tangan, maki hamun, kemana lagi nak berlindung?
Sanggup mendera isteri |
Dalam hal berkawan juga tak hairan kalau nak memaki hamun. Kalau F word tu dah macam air orange. Selamba je melucur laju. Langsung tak ada rasa bersalah nak memaki hamun. Kategori panas baran juga ni. Pernah tak orang-orang sebegini memikirkan perasaan orang lain? Cuba bukak mata luas-luas, buka kepala lebar-lebar. Apa untungnya memaki hamun? Apa untungnya bersikap panas baran? Kat bawah saya senaraikan keuntungan 'PANAS BARAN'
Punca Panas Baran
# Perilaku agresif
# Gejala sosial
# Emosi
# Masalah kewangan/ keluarga
# Ego
# Tekanan perasaan
# Faktor didikan
# Bebanan kerja
# Faktor persekitaran
10 Risiko Individu Panas Baran
# Dipulaukan masyarakat sekeliling
# Jiwa kosong (murung)
# Hilang pekerjaan/jawatan
# Perceraian
# Kemalangan
# Pergaduhan
# Kesalahan jenayah
# Melakukan penderaan
# Tekanan perasaan
# Penyakit kronik (darah tinggi, migrain)
Tips Menghilangkan tekanan dan sikap mudah marah.
# Ikuti latihan dan kegiatan sukan
Kajian menunjukkan individu menumpukan kegiatan luar mempunyai tekanan darah yang sempurna dan kurang berisiko mendapat sakit jantung.
# Meningkatkan kekerapan bersenam
Aktiviti bersenam bukan saja mengurangkan paras keresahan, tetapi uga mengurangkan muram dan rasa rendah diri. Bersenam adalah unsur paling perlu dalam mana-mana program antitekanan.
# Ubah gizi (diet) pemakanan
Ramai pakar pemakanan berpendapat, menambahkan berat badan menambahkan beban yang lebih pada sistem biologi badan dan saraf minda anda. Merubah gizi yang lebih menyihatkan membantu anda lebih cergas, lebih bertenaga dan lebih berkeyakinan.
# Kurangkan minum alkohol Walaupun ramai berpendapat meminum alkohol adalah cara untuk mengurangkan tekanan, kajian mendapati minum alkohol lebih daripada dua auns setiap hari boleh menyebabkan tekanan darah meningkat, jiwa kurang stabil seperti panas baran, fungsi sel otak kurang cergas dan akhir sekali paras tekanan meningkat.
# Minum satu cawan kopi
Kafein adalah bahan perangsang yang dianggap berbahaya pada kesihatan. Ia boleh menyebabkan seseorang terangsang dan jika berlebihan menimbulkan keresahan, mengganggu ketenangan minda dan mempercepatkan degupan jantung.
# Berhenti merokok
Individu yang berhenti merokok mendapati fungsi paru-paru menjadi lebih baik pada masa beberapa hari saja. Anda dapat berasakan pernafasan lebih licin dan selesa kerana udara meresap ke saluran darah lebih berkesan.
# Berfikiran positif
Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; elak daripada memekik atau bertindak garang. Kemarahan yang dilihat secara positif boleh menjadikan tekanan bertukar kepada kekuatan.
# Ambil wudhu
Sekiranya terasa mula nak marah, cuba kawal diri dengan tinggalkan tempat atau orang yang menjadi bahan lawan. Ambil masa bertenang dengan melakukan perkara lain. Ambil wudhu sekiranya masih tidak boleh bertenang.
'JANGAN JADI ORANG YANG RUGI KERANA MELAYAN SIKAP PANAS BARAN RAKAN SYAITAN'
Comments
Post a Comment
Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.