Stress

Pagi ni awal berblog. Malam tadi, tidur awal akibat stress yang melampau. Macam-macam dalam fikiran sampai rasanya otak tak mampu memproses dengan sempurna.

Kepala berdenyut-denyut. Ketika sujud juga sudah bergoyang. Argh!! Migrain..Akhirnya selepas solat isya' memilih untuk terus tidur. Cuba pejamkan mata, tapi terasa denyutan makin mencengkam. Bergelut dengan denyutan semata nak tidur.

Lena juga akhirnya. Alhamdulillah, masih lagi terasa sakitnya sedikit tapi dah boleh bergerak. Pagi ni menemankan Pak Incek berjoging dan badminton. Lewat petang nanti nak ke festival belon panas di presint 2 Putrajaya. Marilah semua kita meriahkan. Esok pulak ada kenduri. Kahwin di MBSA. Tahniah Cik Haizi yang dah bertukar title Puan Haizi.

Dairi hujung minggu memang sengaja kami penuhkan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

  1. jangan fikir banyak sangat ye... nanti penyakit lain pulak yang datang. Life goes on, insyaallah sedang kita jalani hidup dengan redha, rupanya Allah sedang menyediakan sesuatu yang baik untuk kita.

    ReplyDelete

Post a Comment

Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.

Popular Posts