Hujan Ribut Petir Pun Tetap Hantar Pizza

Pernah dengar order Delivery Pizza Hut tapi kena Pickup Sendiri?
Diulangi..
Order Delivery Pizza Hut tapi kene Pickup Sendiri..

Ini yg terjadi di Pizza Hut Delivery Equine Park.
Mereka terima tempahan tapi blok penghantaran. Kalau kita gedik nak jugak PIZZA HUT yang super delicious sampai meleleh tu kononnya, HARUS PICKUP SENDIRI!

Fyi, PHD ni opposite dengan Jusco yang baru bertukar nama AEON yang juga punya rangkaian Pizza Hut!. Mana ada KFC kat situ lah Pizza Hut. Dah nama satu rangkaian kan..hehehe..So, kalau order delivery yang konon malas nak masak, tapi kene pickup sendiri baik saya terus ke AEON Mall dan duduk goyang kaki makan!

Pelik tak? Alasannya HUJAN!

Pak Incek yang dah bertukar warna hijau menjawab 'Selama harini hujan ribut petir pun tetap hantar. Saya bagi tips lagi sebab komitmen yang diberi' - Apa motip dengan tip pun saya tak tau..hahahah..

Then, Pak Incek call centre. Centre sendiri tak tau kenapa PHD outlet tu memblok penghantaran. Hampeh kan??

Dan..satu email dihantar ke Pizza Hut! - Mereka kan suka kalau kita complain, meningkatkan dan penambahbaikan katanya. hahaha

Semalam, Manager outlet PHD area Equine Park gigih menghubungi Pak Incek dan meminta supaya MENARIK SEMULA ADUAN kerana dia telah DIPECAT 24 jam. Katanya..!! Betul atau tidak wallahua'lam..

Dia mengaku yang dia mengarahkan memblokkan penghantaran kerana hujan dan tak cukup staf. Tapi tiada arahan dari pihak atasan. 

Kesian? Saya rasa kesian jugak sebab baru kerja dah kene pecat. 
Tapi, kenapa memandai buat macam tu??

Tindakan Pak Incek? saya tak pasti sebab saya tak tanya adakah dia bersetuju menarik semula aduan.



Comments

Post a Comment

Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.

Popular Posts