Minta Hutang Kene Maki
Pernah tak kita minta duit yang kita pinjamkan tapi kita pulak kene maki dengan penghutang?? Rasa nak tampor-tampor, kerat-kerat bagi tikus makan. Rasa nak rejam jek orang macam ni. Mintak duit sendiri pun kene maki. Bukan seminggu dua, 7-8 tahun pulak tu, buat derk jek. Dapat vss tapi hutang tak tau nak bayor. Bila mintak, kene maki hamun, cakap duit tak ada. Kene berhenti kerja bagai. Aduhai...
2-3 hari ni memang saya dan Pak Incek dah jadi macam penyiasat upahan. Mencari orang yang dah bertahun-tahun-tahun berhutang tak reti nak bayar. Hilang macam tu aje. Jenuh kami mencari contact sana sini, mintak kerjasama orantg berkaitan sana sini, tempat kerja lama, tempat study lama, sekolah anak, syarikat telekomunikasi dan macam-macam lagilah. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan, dapat jugak kenal pasti nombor untuk dihubungi dan alamat tempat tinggal. Masa tu baru nak gelabah terkejut, marah sebab dah habis semunyik tapi masih dapat dicari.
Bila kita berkeras, gelabah maki hamun kita balik. Sanggup pulak kene bunuh ke apa tak kisah sebab katanya mati nanti ke tanah jugak! Manusia ke apa macamni? Lepas tu baru lah nak heret minta simpati anak bini. Bini sibuk call merayu minta simpati. Menangis-nangis kata tak ada duit langsung nak bayar. Laki tak kerja, bini gaji kecik. Nak makan dan bayar yuran sekolah anak pun susah. Masa tu la nak merayu kalau dapat kerja, baru nak bayor. Kot 4 tahun lagi baru dapat kerja? Tak mengangga ke kite? Masa ada keje kenapa tak ada usaha nak bayar? Usaha bayar sikit sikit pun asalkan tak putus, lama-lama hutang habis. Ini tidak, buat bodoh.
Bila kita persoalkan masa dapat pampasan kenapa tak reti nak bayor? Ada je jawapannya. Nampak jumlah macam besar, tapi lepas deduct sana sini berapa sen dapat. Nak bayar lagik yg tertangguh-tangguh. Oooo...Lain bayar, bab aku tak bayor? Masa ni la rasa nak mencarut tapi sabor kan je hati tu. 4 tahun lepas, Dah berbuih boleh tolak ansur bayar ansuran, tapi HARAM!!! Janji sehari ke sehari HARAM TAK ADA!
Semalam si isteri call cuba nak bertolak ansur. Boleh bercakap, bergaduh tak bawa penyelesaian. Menangis takut macammana kalau pihak saya datang ke rumah? Tau malu tapi kenapa tak nak bayar? Minta bertolak ansur tapi dia ikut kehendak dia. Nak bayar ikut kehendak dia! Janji hari ni isteri berjanji sesuatu. Tapi hampas!! Bila tanya namanya tak nak bagitahu.Nampak sangat tak jujur dantak ikhlas pun laki bini nak menyelesaikan. Boleh pulak si isteri cakap 'kalau akak nak maki pun boleh'? Eh! Apahal nak maki aku? Sapa yang berhutang dengan sapa? Laki ko maki husband aku, ko pun nak maki aku? Ko ambikla bahasa aku tu..Boleh disimpulkan laki bini pun sama!! Aku tak redha ko makan tiap sen hasil titik peluh aku! Hari ni mungkin aku tak sebut lagi namanya di blog atau Facebook, maklumlah nanti kategori mengaibkan orang dan Allah bukak balik aib aku. Tapi aku takkan lepaskan ko laki bini.
Sabda Rasulullah SAW:
مَنْ أَخَذَ أَمْوَالَ النَّاسِ يُرِيدُ أَدَاءَهَا أَدَّى اللهُ عَنْهُ ، وَمَنْ أَخَذَ يُرِيدُ إِتْلاَفَهَا أَتْلَفَهُ اللهُ
Maksudnya: Sesiapa mengambil harta orang lain (berhutang) dan berniat
akan membayarnya, maka Allah akan luluskan niatnya itu. Tetapi sesiapa
mengambilnya dengan niat akan membinasakannya (dengan tidak membayar)
maka Allah akan membinasakannya. (Riwayat al-Bukhari )
Orang tidak membayar hutangnya akan menjejaskan amalannya apabila
ditagih hutang tersebut selepas kematiannya. Sabda Rasulullah SAW:
مَنْ مَاتَ وَعَلَيْهِ دِينَارٌ أَوْ دِرْهَمٌ قُضِيَ مِنْ حَسَنَاتِهِ لَيْسَ ثَمَّ دِينَارٌ وَلاَ دِرْهَمٌ
Maksudnya: Sesiapa yang mati sedangkan dia berhutang dalam bentuk
dinar atau dirham, maka akan dilunasinya dari kebaikan-kebaikannya
(pahala-pahalanya) sehingga habis (nilai) dinar dan dirham tersebut.
(Riwayat Ibnu Majah)
Amatlah malang bagi orang yang tidak membayar hutang kerana segala
amalan kebajikannya akan hilang untuk menggantikan hutangnya di atas
dunia. Malah di dalam riwayat yang lain, Rasulullah menyatakan bahawa
jiwa orang yang berhutang akan tergantung sehinggalah dilunasi
hutang-hutangnya itu .
MELENGAHKAN PEMBAYARAN HUTANG ADALAH SATU KEZALIMAN
Walaupun seseorang itu ada niat untuk membayar hutang namun dia tetap bersalah jika melengah-lengahkannya. Sabda Rasulullah SAW:
مَطْلُ الْغَنِىِّ ظُلْمٌ
Maksudnya: Perbuatan melengah-lengahkan pembayaran hutang oleh (atau
kepada) seorang yang kaya adalah satu kezaliman. (Riwayat al-Bukhari )
Ibnu Hajar mentafsirkan maksud al-ghani (orang kaya) di sini dengan dua andaian. Jika al-ghani(orang kaya) di sini bermaksud orang yang berhutang (fa’il) maka maksudnya menjadi perbuatan orang kaya yang melengahkan pembayaran hutang adalah satu kezaliman. Jika al-ghani (orang kaya) di sini bermaksud orang yang dibayar hutang atau yang memberi hutang (maf’ul)
maka maksudnya menjadi perbuatan melengahkan pembayaran hutang kepada
orang kaya adalah satu kezaliman. Berdasarkan tafsiran kedua ini
bermakna jika melewatkan pembayaran hutang kepada orang yang kaya adalah
satu kezaliman maka melewatkan pembayaran hutang kepada orang yang
tidak kaya adalah lebih buruk daripada itu.
Kebetulan sy tgh google pasal hutang2 lapuk ni,trbaca plak blog Tuan Tanah..Mmg teruk sesangat kes laki bini dlm entry tuan tnh yg putar belit bab byr hutang..Saya cadangkn TT buat laporan polis..Jantan jns apa tu mcm takut dgn bayang2 sndri??Pandai pinjam,tp x tau nk byr??Org2 mcm tu jgn kasi muka..Mustahil x dpt usahakan byr walau ansur2 sepanjang 7,8 thn ni?Dia cacat anggota bdn ke?
ReplyDeleteSy ingin pesan sikit kpd makhluk2 Allah yg bernama lelaki..Jangan amalkan tabiat pakai,pinjam harta,wang dapd wanita2..Kerana itu menunjukkn diri kamu tidak brdaya saing dan lemah..Maruah seorg yg brnama lelaki mcm si penghutang dlm entry kat atas blh sy ibaratkn seperti SAMPAH.
ReplyDelete