Monday, 9 April 2012

5 Tanda Aku Berhutang

Entry kali ni gunakan 'aku' untuk menampakkan lebih ikhlas dan suci.


5 Tanda2 aku berhutang entry

1. Folder yg berisi gambar percutian keluarga masih tak terusik dan tidak teredit. Ada beratus keping gambar beratur perlu edit. Bukan je tak masuk blog, kat facebook pun tak upload gak.

2. Ada beberapa draft entry yang belum publish sebab entry umpama baju tak cukup kain. Ayat mukadimah bukan main hebat, ayat tengah macam tergantung-gantung. 
Contohnya : Paus biru berebut. Tiba-tiba paus lapar.

3. Terlalu sibuk membaca entry orang lain hingga lupa entry sendiri. Hek! Tak baik tipu. Bukan tak ingat cuma buat-buat tak ingat. Sebab MALAS tu dah tertulis kat mata macam tulisan kat board Saham.

4. Ketandusan idea. Ketuk dua tiga huruf terus padam semula, ketuk lagi padam lagi. Ketukpadamketukpadamketukpadam..Acane?? Ketuk jari kat kepala pun tak keluar apa-apa.

5. Cita-cita nak update blog depan kaca tv, baru taip 10 perkataan berhenti tonton drama korea, baru tambah perkataan berhenti lagi tonton Asmara 2 Si Faezah Elai dengan Shah Jazsle..Gituuu..Bila nak siap? Sekarang ni pun tengah tonton drama korea. Iklan baru sambung update.

Moralnya update blog perlu keazaman yang tinggi, gigih, minat, berani melawan penyakit MALAS, mesti mampu keluarkan idea walau ditahap tepu gajah!




2 comments:

Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.

PENAFIAN @ DISCLAIMER

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di alenewphase.blogspot.com ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada alenewphase.blogspot.com. SEKIAN.

Adalah dimaklumkan sekali lagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998