Perginya di Hari Jumaat

Di hari Jumaat penghulu segala hari, jam 2.00 pagi tadi, abang kepada BFF saya Shammizah Ahmad telah pergi untuk selama-lamanya mengadap ilahi di usia 38 tahun. Punca kematian adalah kegagalan berfungsi kedua-dua buah pinggang. Arwah dimasukkan ke ICU hospital melaka selepas pengsan di rumah pada hari isnin lepas 2/4/2012 dan terus tidak sedarkan diri sehinggalah doktor sahkan kematiannya jam 2.00 pagi tadi. Saya pernah beberapa kali bertemu arwah kerana saya biasa juga menziarah keluarga kawan saya, adalah juga saya pernah berkata sepatah dua dengannya. Arwah meninggalkan 2 orang anak yang sulung 9 tahun dan yang bongsu Pra Sekolah. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang soleh! Alfatihah!!

P/S : Miza, sorry beb aku tak dapat menjenguk dalam situasi aku sekarang. Tapi ko fahamkan kita sentiasa berhubung setiap 1 jam. Moga sekeluarga tabah!



Comments