Saya Kagum
Semalam sehari menemankan Pak Incek di Hospital. Awal pagi hantar Pak Incek ke hospital, dan drive dengan laju untuk masuk ofis. Lebih kurang tolak tambah jam 12.00 hati macam tak senang. Tutup pintu bilik, start enjin dan pecut ke Hospital Putrajaya. Kebiasaannya bila Pak Incek ke Daycare ward dia akan lemah. Mula la bleeding. Mula la hati ni jadi tak senang sangat.
After discharge, Pak Incek tidur dan terus tidur. Letih dan lemah katanya. Kesian...
Jumaat ni akan masuk wad semula untuk biopsy.
Semalam doc ada inform apa rawatan yang perlu dibuat. Pembedahan untuk buang area yang dijangkiti tu adalah perlu. Then, kemungkinan besar Pak Incek akan ditebuk pada bahagian perut dan menggunakan beg seumur hidupnya.
Wajahnya biasa tanpa ada reaksi, cuma semasa on the way balik dia senyap. Saya biarkan dia melayan perasaanya. Saya tau dia kuat. Saya kagum dengan cara dia menangani sakitnya. Dia tak pernah menunjukkan pada orang sekeliling dia tak sihat. Dia sentiasa senyum, ketawa, berbual seperti biasa. Saya tau dia redho dengan ketentuannya.
Dia tau mencari ruang untuk menggembirakan hidupnya. Itu yang membuatkan saya sangat terharu. Dia positif menerima keadaan dirinya dan itu yang membuatkan saya bertambah kuat dan yakin satu hari nanti dia bebas Cancer.
My Dear Muhamad Jefri, I love you so much!
Salam Azah, cuba cari supplement SNE (supernutrient essense). Mana tau boleh membantu. Semoga Azah dan suami tabah dan menerima ketentuan Allah dengan ikhlas.
ReplyDeletetq my darling kakak
ReplyDelete