Monday, 13 August 2012

Al-Fatihah Buat Adindaku

Al-fatihah kepada adindaku Allayarham Zulfadzli Hafiz. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin Ya Rabbal Alamin..

Semalam saya dan suami sempat ke kubur adik dan bersihkan apa yang patut dan menanam batu nesan menggantikan batu tanda yang dah usang. Turut sama datang adik di Putrajaya dan Mak Abah. Dah 14 tahun dia pergi dan kalau ada umurnya 24 tahun. Dah jadi anak bujang. Entah macammana la rupanya.

Tatkala suami membacakan doa, dan diaminkan kami beramai², tiba² aku rasa sayu sangat. Rasa ada air hangat mengalir di mata ni. Untunglah saya pegang si kecik Zarif, macam boleh cover² sikit perasaan tu. Memang 3-4 bulan kebelakangan ni saya rasa maca rindu sangat dengan dia. Dia hadir dalam mimpi saya tapi tak jelas wajahnya. Yang saya boleh ingat dia memakai pakaian putih dan berserban, sambil tersenyum tanpa bercakap apa pun. Entri perwatakan arwah pernah saya tulis sebelum ini.

Al-fatihah. Insyaallah kita akan berjumpa nanti di SANA. 





No comments:

Post a Comment

Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.

PENAFIAN @ DISCLAIMER

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di alenewphase.blogspot.com ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada alenewphase.blogspot.com. SEKIAN.

Adalah dimaklumkan sekali lagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998