Raya Aidilfitri 2012
Tahun kedua beraya sebagai isteri dan saya dah mula selesa berhari raya berdua. Alhamdulillah kelengkapan sempurna tahun ini tidak seperti tahun lepas. Yelah, tahun lepas MIL sakit dan persediaan untuk syawal mana yang sempat sahaja. Keutamaan diberikan kepada MIL. Lagipun perbelanjaan perubatan lebih utama dari kelengkapan syawal. Setakat sepasang baju kurung memadailah.
Berbeza sangat tahun ini, baju melayu Pak Incek sahaja 3 pasang. Tak masuk lagi kemeja, Collar T shirt dan seluarnya. Lelaki biasanya tak macam kaum hawa bab bershopping. Bershopping 4-5 bulan sekali, tapi sekali bershopping baju kemain berbelas pasang. Pakai untuk raya sekali, kemudian dijadikan pakaian rasmi bekerja. Lelaki lain tak taulah tapi Pak Incek begitulah perangainya. Lain pulak dengan saya, sejak ada shopping online ni seminggu sekali ada je yg dibeli. Shopping luar tak tersenarai lagi. Menipis kepala agung la gamaknya. Sila jangan ikut perangai buruk saya nih. :)
Back to the topic, kalau Pak Incek berbelas helai baju termasuk seluar yg dibeli, saya pun tak mahu kalah. Baju kurung moden cecah 12 pasang. Hinggakan ada beberapa helai yang masih tak berpakai. Heheh. Tapi kebanyakannya saya niatkan untuk pakai bekerja. Setakat 2-3 pasang saya perincikan butiran manik atau lace atau lining. Ini memang saya focuskan untuk acara2 rasmi atau yg memerlukan saya bergaya lebih sedikit. Tahun ini hanya menempah sepasang baju kurung, selebihnya kurung moden. Kenapa sampai 12 pasang? Saya jenis yang bukan selalu menempah baju kurung. Banyak kain2 meter pemberian kawan atau yang dibeli sendiri contohnya dari bandung berpasang2 tidak saya tempah. Ada yang kain meter hampir 3 tahun saya biarkan tak berjahit. 12 pasang itu himpunan kain dari 3 tahun yang lepas. Sekali tempah banyakkan.
Tema kami sekeluarga tahun ini grey pink. Alhamdulillah, seperti tahun-tahun yang sudah dapat juga kami suami isteri menaja pakaian tema untuk seluruh keluarga 9 adik-adik termasuk ipar dan 6 anak buah termasuk mak abah. Alhamdulillah syukur rezki yg datang tahun ini kami suami isteri seperti tahun yg lepas dapat menyelesakan mak abah dari hujung rambut hingga hujung kaki.
Sebabkan kami semua dah duduk bandar ( konon la kan padahal kampung jugak) jadi bila balik kampung terpaksalah kami menyewa sebiji rumah 3 hari 2 malam. Alhamdulillah, rezki kami Allah permudahkan segala urusan. Bukan mengada nak menyewa, bayangkan anak sedara dah 6, adik beradik 7 dan kebanyakan dah berkahwin mana punya ruang nak menginap di rumah atuk yang comel? Lagi pulak kami adik beradik dah besar panjang! 😜
Menu? Menu haruslah menu wajib syawal. Gotong royong adik beradik menyiapkan menu sehari sebelum balik kampung di rumah adik yg ke 5. Ketupat, lontong daun, rendang daging, ayam kampung masak rendang, ayam masak merah, tumis kering, kuah kacang, sambal tahun dan masak lodeh! Gila meriahkan menu? Sampai di kampung adik lelaki no 2 dari kedah bawak 50 biji ketupat palas, rendang rusa dan rendang ayam belanda. Bayangkan perot-perot yang buncit dengan menu-menu tu. Sempat jugak bawak kuih raya sebalang 2. Macam rumah sendirik dibuatnya. Mana taknya, adik beradik mak kebiasaannya datang beraya sekali di rumah sewa kami. Hahahah... Nak meriah katanya. Alhamdulillah tahun ni kami adik beradik semua dapat berkumpul sama. Syukur!!
Eh! Entry ni akan menjadi panjang ye. Sila jangan skip, karang kecik hati tuan tanah.
1 Syawal macam kebiasaan akan beraya dengan atuk nenek sebelah mak di kg Hutan Melintang Perak memandangkan sebelah abah dah takde atuk nenek. Habiskan sehari sebelah mak berkonvoi berbiji-biji kereta. 2 Syawal ke sebelah adik beradik abah di Sabak Bernam dan petangnya pula ke rumah onyang tiri saya sebelah mak di kg. Selabak, Teluk Intan. 3 Syawal bersiap untuk balik KL dan singgah beraya di Sg. Besar. Sempat jugak singgah beramai- ramai dirumah adik di klang. Sampai rumah pengsan macam lari marathon. Bangun pagi-pagi 4 Syawal, Pak Incek ajak beraya ke rumah adik beradiknya di Johor. Larat?? Hahaha.. Redha je lah. Tidur semalaman di Selesa hotel Johor bahru yang tak selesa langsung sebab bau rokok masyaallah tak tahan dan akhirnya deside tukar ke bilik eksekutif. Tak mengapalah mahal sikit pun as long as boleh tido dengan lena dan tak pitam dek bau rokok. 5 Syawal pusing Johor Bahru dan singgah JPO (Johore Premium Outlet) dan meng paw sesen dua kepala agung Pak Incek. Hehehe dan Alhamdulillah.
6 Syawal cuma berehat-rehat sebelah pagi dan petangnya beraya ke Balakong dan Klang semula berhari raya ke rumah anak buah Pak Incek merangkap besan mak (isterinya anak buah tiri Pak Incek). Syawal 7 Berkemas rumah dan ke klang sekali lagi ada open house adik. Dan hari ini mula bekerja. Pengsan tak? Padat tak jadual??? Penuh kan? Ini pun masih banyak lagi yang perlu di jengah.
Sekarang ni pulak tengah menunggu orang pasang aircond. Janjinya dalam minggu ni, kita tengok sampai ke tak. Adoila.. Sakit belakang kepenatan!!
Korang pening tak baca diari raya saya ni? Dah macam karangan diari budak tingkatan 5 pulak.
Kbai.
Keluarga Besar Kami - 2 Syawal @ Sabak Bernam |
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dari kami @ 3 Syawal |
Sebahagian adik beradik mak beserta anak² saudara dan cucu cicit di rumah atuk saudara @ Hutan Melintang, Perak |
wah wah wah meriahnye raya! 12 pasang tuuuuu.. kalah tukang jahit hehehehe. Amboi dah pandai lilit2 inner aidijuma dengan tudung luar. cantik! Emm apa lagi nak komen? Emm naper duduk hotel seselsa yg tak selesa tu? Cer try Hotel M Suite. Best gak tu. Emm apa lagi.. emm.. beli kain banyak kat Bandung ye? Kita pun berhajat nak beli kain banyak2 kat Bandung bulan depan. Nak ganti baju2 lama2 dalam almari tu, kasi aroma baru pulak masuk almari. Kbai. :)
ReplyDeleteHahahah....Meriah baju kot. Ala baju yg terkumpul² tu yg jadik 12 pasang. Tu pun ada yg tak berjahit lagi. Wah² nak berjalan ke Bandung. Beli lah banyak² kain pasang. Cotton fabric murah sangat². Seronok membeli...:)Kenapa duduk Selesa Hotel yang tak Selesa tu? Tanyalah Pak Incek, sekali dah check in muka dia pun merah..Pasni boleh la try M Suite..Selamat berjalan² dan selamat membeli baju kurung. Akak pun pakai tudung Aidijuma belit²! Cantik!!! hahahha Kbai...
ReplyDelete