Thursday, 6 September 2012

Jamuan Hari Raya UPM 2012

Kemain konon hari ni bz sangat sebab kita jadik wakil Institut untuk Jamuan UPM 2012. Bukan tipu² bz tau, memang bz. Pagi² lagi dah berpeluh tapi tetap wangi ye. Ligat menghias khemah dengan 2 lagi Institut IPSAS dan IG. Tema hari raya traditional, jadi pulun lah mana² brang antik, pinggan mangkuk antik dan hiasan ala kampung termasuk lah kain batik bersidai² untuk menarik perhatian juri. Petugas pun ku paksa berselendang batik. Hahahah. Nasib baiklah mereka semua ni sporting orangnya. Best dapat kerjasama dengan depa ni yang mudah berkerjasama. 

Menu untuk gerai kami cuma Roti jala Sayang Selasih, Rendang Daging Dondang Sayang dan Nasi Impit tak ingat nama.Seri Mersing ke apa nama ntah. Hahahahah...Beralas daun pisang yang diletakkan dalam talam. Nasib baiklah aruah MIL dulu ada bagi beberapa talam lama, adalah gunanya. Cukup dengan congkak, tampi, lesung kayu yang lama macam siam tu..Lengkaplah! Tq Aishah dan kak Yati..Alih² dari 29 gerai yang dipertandingkan, dinobatkan tempat ke - 6. Tak sangka tapi syukurlah. Alhamdulillah, buat bergembira. Mudah²an tahun depan dapat berkerjasama lagi. Amin!

Layan kan gamba sekeping 2


With Kak Jemah Pro. :)

Provide tikar ala² orang dulu, ramai tamunya pulak yang duduk kat tikar..

Bersinsing lengan kepenatan

No. 6 pun jadiklahhhhh :))





No comments:

Post a Comment

Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.

PENAFIAN @ DISCLAIMER

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di alenewphase.blogspot.com ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada alenewphase.blogspot.com. SEKIAN.

Adalah dimaklumkan sekali lagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998