Bulan syawal dah hampir ke penghujung, open house yang hujung² masih tetap ada. Trend sekarang, syawal dah tamat pun masih ada yg terus beropen house. Alhamdulillah nak mengeratkan hubungan silaturrahim.
Blogger lain dah tamat dah cerita raya, saya masih terkial² dan tak jemu² dengan cerita raya. Mana taknya kan, blogger tegar update setiap hari, saya pulak kalau rajin tiap minggu, tak rajin? Makan bulan lah gamaknya.
Ini bukan cerita house ini cerita makan² santai di rumah saya. Alhamdulillah disebabkan ramai bertanya 2 kali saya adakan makan² santai Aidilfitri. Santai diadakan 2 kali pada 31.08.2012 dan 8.9.2012. Saya tak jemput sestadium, setakat adik beradik, makcik pakcik dah BFF sorang dua je. Alhamdulillah semua datang. Rumah comel, kenalah buat 2 kali kan. Dikira tetamu cecah ke 100 orang, terpaksalah 2 kali bersantai. Alhamdulillah rezeki mereka. Tamu datang dan makan dengan penuh selera dan cukup lagi menyenangkan hati saya. Acara mula jam 2.00 tapi jam 12.00 tgh tamu dah sampai. Tamu paling akhir balik jam 11.00 malam sempat mandi pool lagi. Hilang semua penat lelah memasak sorang². Nasib baik mak ada bantu kupas bawang sayur. Sayang mak!! Tak mau cerita panjang, tengok gambar sudah.
|
Tamu comel saya |
|
Pakcik saya all the way from Tampin bersama kembarnya. Tq datang.. |
|
Adik no 3 Tasha dan hubs |
|
Besan mak saya dan isterinya anak buah hubs! |
|
Adik saya No 5 Yan dan hubs |
|
Menu raya |
|
Kiri sepupu dan kanan anak buah! |
|
Pakcik saya yg bongsu |
|
Baby Rayyan anak pakcik yg bongsu |
P/S : Kalau ada yang kenal dengan saya dan terbaca entri ini, sila jangan berkecil hati tiada jemputan ke santai makan Aidilfitri. Kalian dialu-alukan datang bila² masa sahaja. Insyaallah di lain masa ada jemputan. Lagi pun Aidilfitri tak perlu jemput menjemput, datang terus.
Comments
Post a Comment
Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.