Tutorial Buka Simkad Iphone 4s

Kali ni rasa macam nak buat tutorial pulak, sebab dah lama sangat rasanya tak buat tutorial. Sebenarnya buat tutorial ni bukan apa, sebab sendiri nak bukak simkad asyik tak berjaya. Bila dah berjaya tu terasa la diri sendiri sahaja yg terhebat. Haha..*gelak poyo*.

Adalah diakui nak bukak simkad iphone 4s amatlah payah pada awalnya. Sebab tu bila dah berjaya, terus muncul ide senget nak buat tutorial. Tapi dikhaskan kepada yang tak berjaya bukak simkad tau. Yang dah berjaya tu, janganlah cakap kita ni poyo. Nak bukak simkad iphone pun harrrussss buat tutorial. Eh! Saya tak berapa cekap, awak hebat takpelah kan..Hahaha.

Sebenarnya apa yang rasa susah sebenarnya sebab kita kena cucuk, takut kalo cucuk kuat nanti rosak ke apa kan..so mcm ishh betul ke nih..huhu so di sini saya nak share la dengan kawan2 cara bagaimana nak ganti/keluarkan slot untuk micro sim card:1. Boleh guna klip kertas biasa yang diluruskan atau guna special tool yang tersimpan dalam kotak iphone kita pada tempat buku manual dia.

1. Boleh gunakan paperclip yang diluruskan atau tools yang disediakan yang tersimpan dalam kotak bersama manual kita masa beli.








                                         
2. Tengok belah kanan IPhone ada satu lubang kecil je..haa sini la tempat untuk sim kad anda. Sim kad untuk IPhone 4s nih tak macam sim kad biasa, nama pon micro sim kad kan..saiz dia 15mm x 12 mm je banding dengan sim kad biasa 25mm x 15mm.













3. Masukkan pin atau special tool tersebut ke dalam lubang kecil tu. Tekan kuat sikit je sampai nampak tray sim kad tuh dah nak terkeluar dan tekan lagi sampai dia kuar habis



Kat bawah ni pulak cara nak pasang semula macro sim kad tu.

1. Letakkan micro sim kad anda dalam tray tersebut. Pastikan dia betul² duduk dalam tempatnya dan bahagian emas sim kad kita mengadap ke bawah.

2. Masukkan tray tadi ke tempat asalnya dan tekan sampai dengar bunyi klik. Kemudian tunggu iphone buat pengecaman simkad anda. dan yay!!

Selamat Mencuba!

Comments