Demam Demam

Bulan ni adalah bulan sakit saya agaknya. Alhamdulillah. Sakit tu kifarah, meringankan beban nanti di akhirat. Minggu lepas saya cuma bekerja 2 hari sahaja Isnin dan Selasa. Naik minggu baru ni, alhamdulillah hari isnin saya naik pejabat. Tapi, hari ni saya ke klinik lagi, straight away dapat 2 hari. Doctor pesan kene rehat serehat-rehatnya.

Minggu lepas ke klinik sebab batuk, selsema dan demam. Pakej lengkap. Dah alang-alang ke klinik, saya terus scan. Yelah, orang sana sini dok tanya bila lagi nak mengandung, walau buat-buat pekak, lama-lama terasa hati jugak kan. Doc cakap rahim reverse, biasanya kes macamni lambat sikitlah nak pregnant tapi semua tu ketentuan Allah. Allah lebih mengetahui. Itu tak jadi masalah pun. Tapi, ada something selain rahim reverse tu, masa scan tu nampak sesuatu yg terbentuk. Tapi doc pun tak dapat nak pastikan. Doc minta datang lagi minggu depan yakni hari ni lah. Rupanya doc pulak ada emergency. appoinment sepatutnya harini terpaksa tunda.

Nampaknya jumpa doc Fahmi je. Mulanya cuma nak minta ubar batuk yang lain-lain sebab antibiotik semua dah habis tapi masih tak baik lagi batuk. Sekali doc cakap dia bagu MC 2 hari dan jangan buat apa-apa melainkan baring, makan dan solat. Hahah. Jadi mem la akuu!!! Doc cakap saya ni kepenatan. Penat yang berkumpul-kumpul semenjak Ramadhan lalu agaknya lah.

Tengah baring-baring tadi, Pak Incek cium dahi sambil cakap "Bagilah sakit ni kat b. Kesian ma". Oh! Terharunya saya sampai berkaca mata ni.

Ni demam-demam, sakit kepala, batuk tak usah cakaplah, pun masih nak tulis blog lagi.

Comments

Popular Posts