Tuesday, 2 October 2012

Melaka 2012 - Beruang Hill Resort Sehelai Sepinggang

Minggu lepas punya cerita mengarut.
Cita-cita hantar kereta ke bengkel pakcik kat PD dengan adik².
Ha..Bersusun 3 biji kereta kami kat Bengkel pakcik. Ada yang nak servis, ada yang nak repair.
Cadangnya lepas hantar kereta yang nak dibaiki, kami terus nak ke Melaka..
Memang ke Melaka, jalan² makan². Muka Pak Incek muncong jek sebab katanya 'Apa ada dengan Melaka?'
Bini pulak stok degil 'B lahir kat sana memang la tak nampak yang menarik. Ma suka historical building tu'. Ada je jawapannya kan.
Sebab kan taknak bini dia ni mop lantai, dia ikut kan jugak. Berkonvoi la kami 3 beradik 2 biji kereta. Angkut mak abah dan nenek serta anak buah. 
Halfway, nenek ngadu lapar. Singgah makan kat gerai² Kelapa Sawit sebelum Kem Terendak . Melantak nasi arab, laksa, cendol dan macam² lagik. 
Kenyang tahap gajah, teruskan perjalanan dan berhenti untuk solat zuhur dan jama'.

Lepas solat Pak Incek bersuara 'kita stay one night dgn diaorang la kat Melaka'. Eh? Cadangnya cuma ronda² balik hari. Lain jadinya. Mak apa lagi la kan?? Lagi suka..Hehehe..
Seperti biasa lah bila konvoi macam ni, menantu yang urus. Ntah apa dibincang adik ipar dgn Pak Incek, tup² Pak Incek bz call penginapan sana sini. Dapat ilham lepas solat tadi kot! hahah

Ding Dong ding Dong! Stay kat Beruang Hill, Ayer Keroh

Macam asrama kerajaan dari luar..☺ Lokasinya bersebelahan dengan Dataran MBMB. Tak jauh dari Giant Ayer Keroh. Kalau dari Tol Ayer keroh, sebelah kiri.



Concept apartment. Tapi bilik superb la untuk rate² yg macamni. RM350.00 net include 7 breakfast. Tapi breakfast tu ala menangis air mata la kan.  

  Haritu Pak Incek book apartment 2 bilik. Setiap 1 bilik ada 2 katil king. Bilik utama ada tub. Untuk family ramai² sesuai la kalau nak budget ciput macam ni.




Ini hall. Hall ni facing pool. Malam tu abah tido kat luar. Rimas kat bilik katanya. Hahah..Pak Incek ni ada kegemaran kemana jalan toto, kain pelekat, spenda dan T.shirt sentiasa ada kat bonet kereta. Senangla dia. Kami ni?? Sehelai sepinggang. Kerja mengarut tapi seronok. Seronok mengopakkan duit. Hahaha. Lepas checkin terus terus terjah Mydin MITC. Beli baju spenda dan sebagainya untuk tido semalam dan mandi² pool. Belikan untuk nenek, mak, abah dan anak buah sekali. Pergh!! Tak pasal²..Inilah akibat berjalan sehelai sepinggang.

Tau tak apa ni dari tepi??

Tadi tu dinding pool. Bilik kami menghadap pool.

Balik dari MYDIN, paksa adik belanja dinner. Hahah..Janji kat dia lunch i belanja. Hahahhahaha....sharing is caring kan..
Lepas dinner mandi bagai, merengek kat Pak Incek nak ke Jonker Walk dan ronda Melaka sebab dia dah janji. Sapa suruh berjanji dengan bini kesayangan, kene tuntut. 
Tarik² tangan Pak Incek yang tengah baring melayan BB, tapi tak tergerak sikit.
'eh B! Kenapa berat sgt ni? teruk ma tarik tak tergerak sikit pon!'
Malas dia nak melayan bini, bingkas bangkit terus siap ke Jonker Walk.
Semua angkut termasuk nenek yang dah 75 tahun tu. hahahha. Tapi depa duduk dalam kereta. Saya berjalan dgn mak dan adik. Haha..
Benda ni la yg saya rembat kat Jonker Walk!




No comments:

Post a Comment

Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.

PENAFIAN @ DISCLAIMER

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di alenewphase.blogspot.com ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada alenewphase.blogspot.com. SEKIAN.

Adalah dimaklumkan sekali lagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998