Gadget Kesayangan
Tiap kali blog bersawang, post terbaru mesti nak tulis dah lama tak update blog. Sibuk. Kalau tak bagi alasan sibuk pun sebab kurang mood. Nak cari mood bukan senang. Ah! Konon..Hehehhe. Memang pun blog ni bersawang. Jangan tanya pulak kenapa tak update, takde alasan khusus. Hahaha. Eh! Ada ke yang nak tanya² kenapa saya tak update? Ntah² follower yang sedia ada dah cha-alip-but. Tak pelah. Salah sendiri tak pandai layan peminat. ahaks! Tu menunjukkan yang saya bukan ciri² artis.
Story sikit pasal gadget. Lately ni saya kemaruk gadget jugak. Tak cukup Samsung Ace (setakat buat call dan sms, no internet connection dan saya dah simpan semula dalam kotak untuk kes² emergency) saya nak lebih advance sambar iphone. Dah lama² godek² iphone dan saya rasa tak puas bila main game dengan skrin co'et je, saya sambar pulak ipad. Puas hati layan game kat ipad ni. Tapi selalu jugak berebut dengan niece² yang advance² belaka. Tiap kali dengan niece, memang keluar air mata je la tengok niece² kesayangan tekan² skrin ipad. Haish!! Rasa tak boleh jadi sangat dah ni.
Geram punya pasal, time jalan² kat One Utama tu, Pak Incek saja gatal masuk kat kedai computer & gadget. Tetiba hati ni terbekenan dengan komputer HP Pavilion 20. HP memang pilihan saya selalu dari dulu sampai sekarang sejak Laptop HP Pavillion yang diperuntukkan oleh office untuk saya hilang! Rekaan ni pun memang dalam angan saya. Flat skrin, takde CPU gedabak, semuanya in one build kat skrin. Wah!! HP Pavilion 20 ni didatangkan dengan 2 jenis iaitu touch screen dan satu lagi gunakan mouse. So, Fikir punya fikir, saya ambik je yang guna mouse. Memang senanglah nak carry bawak balik sebab tak perlu nak angkat berat². Angkat je monitor! Sampai rumah terus pasang, sebelum tu sebabkan nak letakkan komputer ni dengan selesa, sebelum sampai rumah singgah dulu kedai perabot beli jugak komputer table. Kalau ikutkan masa, kedai dah takmo hantar sebab dah malam tapi biasalah Pak Incek punya ayat malam tu jugak kedai hantar computer table. Dan saya berjimba-jimbana dengan gadget 'besar'. Memang puas hati.
Dan terbaru ni tak pasal² saya ada Samsung Note 10.0. Ok, Samsung Note ni dulu memang dalam senarai keinginan saya. Tapi bila keluar mini ipad, saya takmo pandang lain. Memang tunggu launching kat malaysia je lah. Ini story berkait dengan Pak Incek. 2 weeks before launching Samsung Note II, Pak Incek sambar Samsung Note 10.0 dan let go Blackberry Bold yang dah banyak berjasa dengan dia. TU pun hasil hasutan saya 'sayang..Bold orang dah tak pakai la. Sekarang ni yang tengah hebat Apple product dan Samsung. Tukarlah..'. Hah! Tak sangka hasutan saya Berjaya. Tapi tak sangka pulak jam² tu dia nak tukar dan kebetulan kali lalu di kedai Samsung. Alahai...Gelabah akak!!! Pujuk² suruh tunggu dalam masa terdekat sebab Note II nak release di Malaysia pun Pak Incek takmo. Dia kata tengah ada mood nak tukar ni, sat lagi tak mau tukar. Haish!! Saya layankan jek. Sesetengah orang lelaki ni memang macam tu. Itu sisi kurang best Pak Incek la. Tapi redho je la.
Pak Incek ni pun kalau beli Smartphone, yang godek² ni bini dia lah. Yang install kan macam² application dan game. Dia tau pakai je la. Bini dia ni lebih advance dari dia, dan bini dia la yang ajar macam² nak buat macam tu macam ni. Tapi kalau nak deal with customer ke, supplier ke, quotation ke apa ke, jangan harap bini dia nak buat. Memang bini dia ni tak masuk campur langsung. Tak reti!! Hehehe..Jaga makan pakai rumahtangga sudahlah.
Saya tukarkan baju kepada pink |
Walau saya lebih suka kepada yang putih macam iphone dan ipad saya itu bukan masalah. Saya tukar skrin protector anti fingerprint dan Nampak jadi walah!! |
Selang sebulan, jalan² IOI Mall Puchong, dan singgah Samsung Centre. Hah! Kat situlah terjebaknya dengan Samsung Note II. Aduilahh..Application sama je cuma lebih sharp, lebih pantas dan semuanya lebihlah. Didatangkan dengan 3 warna, hitam putih dan aluminium chrome. Apa lagi, Pak Incek Nampak muka menyesal sikit. Bila tanya kat kedai nak tolak cuma ambil RM800 dari harga asal. Sebagai bini yang baik hati ni la kan, taknak buat suami rasa regret sangat² terus la saya pujuk hati cakap 'sayang, ma belilah. Lagipun dulu ma aim gak Samsung Note ni kan, tapi masa tu takde duit. Bolehlah kita pakai Note dua²'. Ha..Biasalah Pak Incek termakan rayuanku. heheh. Kalau jual kat kedai RM800, jual kat bini pun RM800. So, belilah saya Samsung Note 10.0 tu dengan harga RM800. Duit pun duit elaun Pak Incek tiap bulan yang saya simpan. Hahhaha.. Sekarang ni dengan senang hati, senyum² selalu Pak Incek melayan Samsung Note II Aluminum Chrome. Dan macam biasa, application semua saya yang godek². Nasib baiklah kegilaan Pak Incek terhadap gadget tak seteruk saya ni. Satu je cukuplah katanya. Saya pulak, ada lagi list panjang yang saya perlu dapatkan untuk gadget. hehehe... Pun begitu saya perlu bersabar² untuk mendapatkan gadget lain yang dalam list sebab ongkos cuti² perlu juga disediakan. Hahahha..Lalalla..
Kepada pembaca jangan pulak anggap saya nak berpoyo dengan tunjukkan gadget saya. Saya tau ramai lagi yang lebih advance dan hebat dari saya. Blog ni sekadar suka². Chill K.
Samsung Note II |
Gadget kesayangan dan ada 2 lagi yang akan saya sambar. Dari kiri Samsung 10.0, Samsung Ace, iphone 4s dan Ipad. |
Comments
Post a Comment
Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.