Tua Dah 35 Tahun

Eh! Aku dah genap 35 tahun hari jumaat 23.11.2012 lepas. Macam biasa sehari sebelum hari lahir aku, Pak Incek dah bawak dinner. Ada jugak permintaan aku tu, tapi Pak Incek on hold dulu next month. Apa bendanya? Kenelah rahsia dulu. Hehehe...Tapi sebabkan hadiah yang bertangguh, Pak Incek bagi jam tangan menggantikan jam tangan sedia ada. Pak Incek selalu complain aku gemar pakai jam tangan besar² macam lelaki. Memang aku suka jam tangan saiz besar² macma lelaki. Masa hantaran nikah dulu pun aku beli saiz besar². Kebetulan aku suka yang bersaiz besar dan sesuailah dengan lengan aku yang besar ni kan..Jam tangan keje katanya. Ok, takmo lawan cakap somi. Hakk Puiii...
Jam yg aku suka pakai. Tahan lasak ni

Pak Incek hadiahkan dengan hasrat aku pakai untuk keje
Macam boring je kitaorg laki bini malam jumaat tu, macam biasa Pak Incek suka² buat plan last minit. Ajak adik² dan mak abah semua stay kat Melaka lagi . Booking pukul 7.00 petang, nasib baik hotel available. Kalau tidak pakat nangis la ramai². Sampai Melaka lebih kurang jam 1.30 pagi, checkin dan carik makan. Tengah² malam sepatutnya cari supper tapi kami semua tak dinner lagi, perut kebuloq tak hengat. Perot jawa sesungguhnya takleh skip makan. Hahahah..Pak Incek bawak makan di Asam Pedas Pasar Borong Batu Berendam Melaka. Mak aiii...Ramai orang. Aku kira ada lebih 10 kedai dibuka dan semua kedai ada menu asam pedas. Tapi setiap kedai pun dipenuhi orang. Aku macam biasa, suka cari kedai yang tak ramai orang sebab malas nak bersesak² dan yang penting perot dah bergendang. Kalau pergi kedai ramai orang, kompem la menu lambat sampai. Keduanya aku memang ada perangai pelik sikit, kurnag gemar pergi ke kedai yang terlampau ramai orang. Aku ada sikit syak. huhuh. Apa aku order? Roti canai kosong 2 keeping. Walahhh sedapnya..Cicah pulak dengan asam pedas tetal. Gila sedap kan? Dah tak pandang dah Pak Incek makan apa kat sebelah. Adik² order apa pun dah tak tengok dah. Hahaha...Masing² pon order roti sardinlah, roti telur la dan macam² la. Tu pun aku main dengar angina lalu je masa waiter hantar makanan. Fokes! Fokes! Fokes makanan. ngeh ngeh..
Lepas makan apa lagi, berjemaah, balik hotel. Checkin, tukar biliklah, complain tu ini sikit, mandi, main² dengan anak buah yg paling kecik, baru masuk tidur. Tengok jam dah jam 4.00 pagi. Bangun pagi rasa pening² kepala. Check out 11.00 am. Tu pun aku jadi tarzan jerit kat niece 2 orang suh naik dari pool. Kalau tidak tak taulah jam berapa nak check out.


Beberapa tahun lepas sebelum ahli keluarga saya bergelar puan, kami mengabdikan kenangan disini juga
 Sempat Pak Incek ajak ke zoo. Hahahha..8 tahun lepas kami kesana, lagi sekali ke sana kali ni bilangan ahli keluarga dah berubah la tentunya. Ambik gambar ditempat yang sama. Sebabkan masing² ala² dasar pemalas nak jalan kaki, kami beramai² naik tram. Charge 3.00 untuk dewasa dan  2.00 untuk kanak². Nak masuk zoo 10.00 dewasa, 4.00 kanak² dan 4.00 bagi warga emas (60 tahun ke atas). Cuti sekolah ni ramai gak pengunjung tapi nasib kitaorang haritu ok je. Walau ramai orang, tiap kali giliran kami nak naik tram, tak perlu tunggu giliran pon. Hehehe..Keredhooan dan rejeki. Hehehe.. Kat dalam zoo lebih kurang 1 jam 30 minit je lah. Bayor 130.00 (9 dewasa 2 kanak² dan tram) untuk sejam setengah je. Bunyinya macam ngabihkan duit, tapi aku rasa macam mengimbas kenangan sebenarmya. Pastu naik tram, we all sekeluarga satu tram, gelak ketawa tengok binatang² keliling, so edisi kutuk mengutuk adik beradik terserlah disitu. Bertambah erat hubungan dan kasih sayang sebenarnya. So, aku tak rasa satu kerugian.
Tak perlu nak tunggu lama, terus ke Malim Ikan Bakar yang dikatakan hebat sangat. Sampai sana orang ramai, tapi Alhamdulillah untuk kami yang ramai² ni ada tempat je. Siap aircond provide. Kan, aku dah cakap memang rezki kan? mudah je..Pak Incek kata rezki orang besday. Ecehhh. Aku dan adik (Maklang) tugas amik sayur lauk. Pak Incek dan Paklang ambik ikan². Lepas baca doa selamat, selamatlah kami makan dengan jayanya. Tapi ada yang mengecewakan, ikan terubuk bakar bau hanyir. Ada macam bau busuk pun ada, we suspect ikan lama. 2 ekor order, 1 return dan 1 lagi kami redho. Bayor je lah..Masa nak bayor tu nak cakap ikan terubuk tu ada bau yg amat tak menyenangkan, tapi bila tengok cashier pun macam tak mesra rakyat, malaslah aku nak complain untuk tingkatkan prestasi dan kualiti kedai tu. Bayor terus menonong ke kereta je lahhh..
Masing² mula ngantuk, sebelum menuju ke pusat bandaraya Melaka, singgah dulu kat masjid di MITC. Solat sambil rehat². Menuju Pusat Bandaraya tapi tak singgah mana² cuma nak jalan² sbb permintaan adik nak lalu kat dataran pahlawan. Ikut kan je lahhh..Balik melalui simpang 4, nak masuk lebuh raya AMG. Tapi singgah tepi jalan beli buah binjai. Aku memang gilakan buah ni. Dari haritu mintak kat Pak Incek tak dapat², dah depan mata beli sekilo. Beli juga dodol durian. Sumpah sedap, sampaikan tak sempat ambil gambar sebab habis kat dalam kereta. Hehehe..Terus hantar mak abah balik ke Sg. Ramal, ingatkan nak tidur sana tapi ahad nak tengok bola, so rumah harus kemas dulu. Rumah kemas hati tenang. Besday girl pun boleh senyom. Eh! No cake tahun ni. TAkpelah redho je..:)
Nota : Aku ada offer nanti aku update. Tunggulah..
Ini adalah pos lewat. Aku dah siap draft tapi sebab usage pic kat picasa dah penuh aku terpaksa tangguh posting.




Comments