My Dear Iman Zara : Risau Bunyi Kahak dan Selsema

Susah hati sangat bila lately ni dengar macam ada kahak tersekat-sekat kat dada omel-omel. Sebenarnya benda ni dah mula lepas seminggu omel-omel lahir. So masa checkup seminggu tu jumpa dan tanya dengan doc Sumitra, doc kata tak ada apa-apa. Baby sihat. Ahamdulillah. Tapi masa tu bunyi tu tak kerap, sekali sekala je. Ahir-akhir ni yang bunyi makin kerap. So tadi deside jumpa pakar kanak-kanak doktor Nik di Az Zahrah Bangi. Lepas doc cek, then find out ada cecair lebihan susu yang melekat di lelangit omel-omel. Menurut doc, ada baby habit yang suka muntahkan sedikit susu lepas minum. Saki baki muntahan tu akan melekat di lelangit baby dan air lebihan tu lah yang macam digest (ermm apa term nak guna eh??) kat body baby. So, ianya akan membentuk cecair. Sesekali kita dengar ianya umpama selsema tapi takde pun hingus yang keluar. Cecair tu jugak kadang-kadang jadikan mata baby asyik bertaik mata. Cecair tu ke rongga mata dan air mata tersekat, dan jadilah taik mata. Mungkin tak faham kot penerangan ni, tapi rujuklah doc eih. Hari ni nak cerita apa rawatan yang omel-omel dapat.


Apa doc buat, doc telentangkan baby dan palingkan kepala baby sebelah kanan dan semburkan STERIMAR Baby Nasal Hygene pada kanan hidung dengan kiraan 1,2,3 dan biarkan seminit. Sebelum tu jangan lupa alas belas kanan baby tu sebab cecair akan keluar. Afrer 1 minute tukar posisi kepala baby kearah kiri dan lakukakan proses yang sama. Kebiasannya baby akan bersin dan cecair akan keluar dengan banyak. Kemudian, ambil tisu dan gulung hujungnya untuk dijolokkan ke lubang hidung baby. Sure baby akan bersin. Apa STERIMAR Baby Nasal Hygene tu? Ianya adalah air laut dan dipressed dalm bentuk bottle. Untuk ini doc advise penggunaannya 2 kali sehari hingga baik. Cara memegangnya dengan menekan menggunakan jari telunjuk.

Kemudian sembur pula hidung baby dengan ubat selsem yang dipanggil ILIADIN Decongestant Nasal Drops. Press sekali untuk hidung kanan dan sekali untuk hidung kiri. Yang ni pun 2 kali sehari tidak boleh lebih 5 hari. Sekiranya lebih 5 hari tak baik juga, selangkan 2 hari jangan gunakan dan hari ketiga onwards baru boleh gunakan semula. Juga gunakan 5 hari sahaja. Cara memegangnya adalah diantara jari telunjuk dan jari hantu.

Bila tidur doc sarankan supaya mengiringkan baby ke kanan atau ke kiri untuk keselesaannya. Sebenarnya baby sendiri ada keboleh upayaan untuk mengiring bagi keselsaannya. Harap info ni pembaca faham sikitlah eik. Heheh..

Omel-omel baru bermula hari ini, dan petang tadi saya juga telah melakukan proses yang disarankan oleh doc. Alhamdulillah, omel-omel nampak dapat tidur selesa sedikit berbanding malam-malam lepas. Semoga omel-omel sembuh. Muah!






Comments

  1. salam kak, nak tanya berapa lama baby akak ambil masa untuk baik bila guna sterimar dengan iliadin tu? baby saya pun macam tu jgk, bunyi kahak ya allah kuat sgt dan bertaik mata. tapi dah lebih 2 minggu tak hilang2 lagi. baby saya memang kuat muntah bila menyusu. email saya myaz19@yahoo.com kalau akak ada nak balas ya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.

Popular Posts