My Dear Iman Zara : Rutin Berubah tarikh 20 12 2012 Yang Istimewa Masuk Tahun Baru 2013
Assalamualaikum semua pembaca...
Positif la kalau takde pembaca pun. Hahah..salah siapa? Salah sendiri lah. Sebulan belum tentu update. Mana tak lari pembaca kan? Tengok post pun takde komen, memanglah takde pengunjung. Tapi bila tengok statistik ada pulak pengunjungnya. Pengunjung tak bernama la kot. Terima kasih lah kepada pengunjung yang mengunjung blog saya yang ntah apa-apa yang rasa macam takde info pun ya jugak. Hamboii meleret pulak mukadimah ni.
Alhamdulillah malam ni dapat berblog pulak dengan nyaman. Maklumlah, masuk disember 2012 rutin saya berubah. Masa saya padat. Alhamdulillah saya dikurniakan baby girl yang lahir pada 20.12.2012 dengan berat 3.08 pada jam 7.24 petang. Cantik sangat tarikh tu tapi semua tu kebetulan. Iman Zara Jefri nama yang cukup indah buat saya dan suami. Alhamdulillah dan syukur ke hadrat ilahi atas kurniaan ini. Sebab itulah masa saya semakin padat. Masih dalam proses pembelajaran untuk menyesuaikan dengan masa, semua tu adalah cabaran yang saya anggap begitu indah. Harini genap 25 hari usia Iman dengan berat 4kg. Cabaran dalam tempoh berpantang dan membesarkan anak yang banyak karenah dari hari dilahirkan hingga besar membuatkan saya kagum dengan semua ibu di dunia terutama dengan mak saya sendiri yg melahirkan dan membesarkan 8 orang anak! Sebab tu lah, selalu kita dengar bila anak buat perangai dah besar, nakal dan macam-macam perangai, ada kala ibu yang berkecil hati ada menyebut "kalau tau dulu kecik-kecik perangai gini, kecik-kecik lagi dah picit-picit". Itu ungkapan ibu bila tengah marah. Tapi ibu mana yang dah melahirkan dan menjaga nak buat macam tu kan? Tapi yelah, ucapan ibu tu umpama sakti. Percakapan ibu tu jadi doa. Jadi wahai anak, berhti-hatilah.
Sekarang ni saya berblog sebelah omel-omel. Sambil-sambil perhati takut ada nyamuk gigit. Geram sangat dengan nyamuk yang gigit iman tempohari rasa nak bakor semua pokok-pokok keliling rumah mak ni ha supaya tak gigit omel-omel kesayangan. Geram tau. Berblog ni pun terhenti-henti sebab kejap-kejap tengok omel-omel pastu mesti nak cium-cium. Hurmm..Bau baby harummmm sangat. Ayahnya pulak kejap-kejap bukak pintu bilik jenguk omel-omel. Nak tengok EPL pun tak senang duduk. Hhahha.. During brest feeding baby rasa amazing sangat. Walau sekarang ni campur dengan formula sebab susu badan tak berapa nak banyak lagi, tapi moment tu best sangat. Tapi ada yang tak best. Masa omel-omel perut kembung dn berak keras, susah hati sangat sampai menangis bila tengok omel-omel menangis nak berak. Kita pun sama menangis. Lagi pulak hubs cakap, bagila rasa tak sihat tu kat ayah. Ala syedih sangat.
Oh ya rasanya belum terlambat nak ucapkan selamat tahun baru 2013 kepada semua pembaca blog ini dan mohon maaf sekiranya ada penulisan yang buatkan pembaca tersinggung. Selamat menempuh tahun baru dan selamat menunaikan azam baru.
Next entri macam nak tulis pasal my omel-omel je. Hahha., oh ya!! Sehari dua nanti koleksi shawl hasil tangan jahitan saya akan saya publishkan. Dan harapan adalah dapat sambutan dari semua. Insyaallah, yelah sambil duduk rumah jaga omel-omel tu rugi sangat kalau tak sambil-sambil apa yang boleh.
Salam kasih sayang semua
Comments
Post a Comment
Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.