Dera Bayi 4 Bulan Amah Ke Dalam
Satu malaysia tau pasal kes amah dera baby berusia 4 bulan dari Kuantan. Dah kene penjara pun 20 tahun. Mak saya cakap tak berbaloi 20 tahun, abah kata kenapa tak sebat sekali? Pak Incek pulak cakap apa kata hukum gantung terus! Macam tu lah reaksi orang yang mentalnya sihat. Tengok baby tu dah macam rupa omel² Iman dah. Berita siarkan rakaman pun saya tak sanggup nak tengok sampai habis. Mak lagilah over sampai jerit². hahaha. Macam tebar roti canai dibuatnya baby tu. Mangkok hayun betullah! Tapi amah tu memang kejam. Korang tengok kat akhbar kan muka dia lepas kene tahan slumber jek. Saya pulak rasa nak tenyeh² muka dia dengan heels 4 inci.
Apa halnya banyak sangat kes dera sangat akhir-akhir ni. Bapak dera anak, boyfren dera anak kekasih, mak dera anak pun ada. Baru semalam officemate cerita taska yang berlesen pun ada juga terjadi. Anak kecil yang berumur bawah 2 tahun selalu jadi mangsa, kene maki hamun kene pukul bagai sebab tak reti buat sesuatu sendiri. Dah nama anak kecik, tentunya tak tau nak buat apa yang orang dewasa nak. Itulah gunanya orang dewasa. Selalu saya ingatkan siapa² pun, kita ni kalau nak kerja biar ikhlas dengan kerja yang kita nak buat. Kalau rasa kita tak suka, jiwa kita bukan dengan kerja tu baik tak payah kerja sebab nanti banyak benda buruk yang jadi dari yang baik. Carik kerja lain yang agak² boleh masuk dengan kepala hotak.
Contohnya : Peah bukan suka sangat dengan budak. Tapi mohon jadi babysitters. Tak ke nahas baby yang dia jaga kene sental dengan peah?
Contohnya : Peah bukan suka sangat dengan budak. Tapi mohon jadi babysitters. Tak ke nahas baby yang dia jaga kene sental dengan peah?
Muka macam tak bersalah. Puiii!! |
Mahkamah Sesyen di sini, semalam, menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun terhadap pembantu rumah warga Indonesia selepas dia mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan mendera anak lelaki majikannya yang berusia empat bulan Jumaat lalu. Yuliana, 23, dari Aceh, Indonesia mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan, bergenang air mata selepas Hakim Mohd Azhar Othman menjatuhkan hukuman.
Bagi pertuduhan kedua, Yuliana dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana menganiaya Mohamed Hareez menyebabkan kecederaan fizikal kepada mangsa pada tarikh, lokasi dan masa sama yang boleh dipenjara maksimum 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau atau kedua-duanya.
P/S : Saya ni memang menyampah dan langsung tak percaya dengan amah/pembantu rumah warga Indon ni. Serumpun konon. Puiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!
Comments
Post a Comment
Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.