Wednesday, 20 February 2013

Jom Try Pasta Carbonara Style Saya

Lepas sebulan duduk cuti rumah sebab berpantang, dah mula pandai adjust masa. Jadi ada la masa sikit nak main masak². Sebenarnya teringin nak makan pasta carbonara kat Pavi, tapi asyiklah tak menjadi bertangguh  gigihlah diri ni buat sendiri. Tapi version sos ready la. Maleh nak buat sendiri. Ahaks! Ok straight to the point la ye.

Bahan² 

Nampak tak saya guna Prego Carbonara Mushroom. 


Ada yang suka pakai pasta ada juga yang suka pakai spagetti. Ikut suke kome la.


Nak guna daging hancur pun boleh tapi saya takmo. Yang berikat tu parmesan cheese. Benda² ni selalu ada dalam simpanan peti sejuk so senanglah.
Ni sebenarnya lebihan cendawan spagetti tempohari.

Memula rebus pasta dulu. Masa rebus tu saya suka letak sikit garam supaya taklah rasa tawar sangat. 

Inilah rupa pasta yang dah direbus. Lepas rebus tu curah sikit minyak  supaya tak melekat². Sesudu dua dan gaul. Takyah letak sesenduk dua. Tu namanya nak menggoreng. Hiks!
Lepas tu, saya potong sauseges ayam dan rebuskan juga.
Sebelum direbus. Jangan rebus lama².

Ok, put a side yang dah direbus tu. Lepas tu panaskan kuali dan masukkan butter 2 sudu besar. Kenapa butter bukan minyak? sebab saya suka butter wangi. heheh.. Lepas tu tumiskan setengah bawang besar dan 2 biji bawang putih serta cili api yang dicincang halus. Kenapa cili api? Ala gua kan melayu tekak nak pedas sajork!
Kacau sampai naik bau. Eh! Bau wangi sedap tau sebab guna butter.

Lepas naik warna brown tu, masukkan sauseges yang dah dipotong dan cendawan yang dah dipotong². Cendawan tu potonglah ikut suka korang kan. Kemudian biarkan sekejap kacau².
Camni lah rupanya. Tak lawa

Lepas tu jangan tunggu lama², masukkan sos prego tu. Sukatan pun ikot korang jugaklah. Lepas tu tuang susu segar tu. Jangan banyak sangat. Anggar² lah. Saya ni kalau masak suka main agak² je.
Inilah rupanya.

Tak perlu masukkan garam sebab sos tu dah cukup rasa. Masukkan sikit oregano dan kacau hingga menggelegak. Last sekali masukkan sikit parmesan cheese. Siap!!!!!
Boleh dihidang dahhhh...

Selamat mencoba!! Yummyyyy





No comments:

Post a Comment

Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.

PENAFIAN @ DISCLAIMER

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di alenewphase.blogspot.com ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada alenewphase.blogspot.com. SEKIAN.

Adalah dimaklumkan sekali lagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998