Thursday, 28 February 2013

My Dear Iman Zara : Senyum

Sekarang ni nak cepat balik. Hati tak sabar nak jenguk Omel-Omel. Tiap hari ada je yang menakjubkan berlaku pada Omel-Omel. Harini pandai merajuk, esok pandai senyum, lusa pandai borak, tulat pandai buat akai gedik nak ikut ayah. Aish!! Indahnya ciptaan Allah S.w.t

Tak dapat nak tulis panjang-panjang, nak selesaikan tugas untuk hari terakhir bertugas sebelum cuti sebulan lagi.

Alhamdulillah Omel-Omel dah mula sihat, dah mula nak minum susu guna bottle semula. Dah mula nak nenen dah. Hek hek hek. Seminggu taknak minum ingatkan sebab apa. Risau sangat. Rupanya sebab tekak sakit dan ada ulser bawah hujung lidah. Ulser tumbuh sebab omel dah tunbuh gigi awal (a week after delivered) jadi lidah dok jelir-jelir tersangkut kat gigi mungkin punca ulcer. Itulah penyebab dia takmo minum. Jenuh 2 hari bagi susu guna picagari tu. Melalaklah kan, tapi nak buat camne. Menangis pun takde tenaga, suara seksi. Uh!! Tak sanggup..Doc bagi sachet untuk minum sehari sekali untuk cairkan lendir dan spray untuk kebaskan rasa sakit di mulut untuk bolehkan omel sedut susu. Mula-mula memang taknak, itu yg paksa guna picagari. Tapi semalam dah mula minum guna bottle. Alhamdulillah. Ok dah!!

Ibu love you sayang..


Ni betul-betul sudahkan penulisan. Baibai

Espressi omel
Ibu Love You

No comments:

Post a Comment

Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.

PENAFIAN @ DISCLAIMER

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di alenewphase.blogspot.com ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada alenewphase.blogspot.com. SEKIAN.

Adalah dimaklumkan sekali lagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998