Tuesday, 19 February 2013

My Dear Iman Zara : Nasal Aspirator Naik Gear 5

Omel-Omel harini dah 62 hari dan maksudnya dah 2 bulan 2 hari saya tak jengah rumah. Saya berpantang di rumah mak. Omel-omel je pantang, ibu omel pantang makan sikit². :) Sejuk jadi ibu kepada omel-omel Iman Zara ni mengupdate belog pun sebulan 2 entry je. Apa ke malasnya kan?

Orang lain cuti berpantang bersalin dapat straight away 2 bulan. Saya? Sebulan cuti sebulan kerja dan sebulan cuti lagi. Ini pun ingat macam nak balik je dah ni bila teringat omel-omel. Lagi-lagi dalam keadaan dia selsema, lagi susah hati. Tapi sebab tuntutan kerja, redho je lah kan. Dah seminggu omel-omel selsema, doc bagi ubat titis dan ubat paracetamol 2.0. Tapi bila baca review kurang bagus, saya tak bagi pun. Cuma buat kaedah sembur sterimar kat hidung dan letak iliodin. Nak tahu kegunaannya, baca ENTRY LEPAS pasal kahak dan selsema. Selain tu, semalam saya mintak Pak Incek belikan Nasal Aspirator.Apa kegunaannya? Guna untuk sedut hingus. Jangan sesekali korang nak mencuba² sedut guna mulut. Mulut kita ni ada germs ke apa ke, kita tatau. 

Inilah rupa Nasal Aspirator. Ada macam-macam jenis, ada yang guna tiup dan disedut. Kalau jenis yang macamni pula, cuma tekan gelembung tu, kemudian halakan muncung kat hidung baby dan lepaskan gelembung. Fungsinya angin tadi menyedut.
So, subuh tadi saya cuba guna dan alhamdulillah berjaya keluarkan hingus-hingus. Tapi kalau korang buat proses sembur² dan sedut² tu kompem la korang berperang dengan baby kan. Sabor jelah. Tahan hatilah sebab nak baby sihat kan. Maca omel-omel ni, asal jam tunjuk angka 5.30 pagi mulalah dia merengek-rengek macam susah nak bernafas guna hidung. Masa tu lah saya berperang dengan omel-omel. Omel-omel pulak bangsa memang ko jangan mengada nak sentuh muka ke, hidung ke, kepala ke..Dia jerit gear 5 terus! Tapi lepas tu, nangisnya mula slow down dan terus diam. Mungkin sebab hidung dah rasa selesa.

Godek-godek kat google cemana nak buat kalau baby 2 bulan selsema. Banyak bagi petua orang lama. Gesekkan kunyit kat bontot periuk tanah, kemudian kunyit tu campur pula dengan kapur dan sapu kat batang hidung. Yang ni saya ada cuba sekali tapi rasanya takde perubahan pun. Yela, sekali je mana nak ada perubahan kan? Ada juga yang bagi petua ramas daun sirih dan airnya tu sapu kat hidung baby yg selsema. Yang ni saya tak cuba lagi. Cuma saya sapukan kat hidung dengan dada tu dengan balsam viks dan sesekali saya letak cream selsema dar Drsneeze. Tak taulah berkesan ke tidak tapi saya sedang mencuba.

Omel-omel dah pandai berborak. Sesekali keluar suara dia bila kita ajak borak. Dah 2-3 hari ni, omel-omel bangun pukul 5 mata cerah je. Mak kata nak ajak borak. Adoii..Satu lagi perangai omel-omel, kalau saya balik lambat dari masa yang sepatutnya mula lah dia meragam nangis-nangis manja dengan nenek dia. Mula lah nanti mak call tanya kat mana. Pastu lak, kalau kita dok lalu lalang lalu lalang tak angkat dia, jap lagi dengar lah dia menjerit gear 5 tu. Paling buat saya geram, tengah menangis cam nak pengsan pun, kalau ayahnya terus ambik dari tangan kita terus merendah suara nangis tu. Pastu buat suara nangis manja². Kejap je senyap. Ni memang sengaja la kan?? Bagi ibu geram².



No comments:

Post a Comment

Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.

PENAFIAN @ DISCLAIMER

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di alenewphase.blogspot.com ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada alenewphase.blogspot.com. SEKIAN.

Adalah dimaklumkan sekali lagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998