Thursday, 28 February 2013

My Dear Iman Zara : Rotavirus dan Pneumococcal

21 Februari lalu genap Omel 2 bulan 1 hari. So, as ibu dan ayah yang menurut perintah sebab dok asyik risau omel dijangkiti macam-macam virus, tanpa berlengah lagi terus dapatkan injection routin untuk 2 bulan tu. Pak Incek dah selesa dengan Pakar Az-Zahrah Dr. Nazim. Walau maca-macam cerita pasal Az-Zahrah so far ok pada kami. Doc. Nazim tu pulak best sangatlah mesra rakyatnya. As ayah yang sangat mudah risaukan anak, Pak Incek tanya lah pasal injection optional Rotavirus dan Pneumococcal.Bila Doc Nazim pun sarankan sangat supaya ambil . Menurutnya, kalau kita ambil injection yang basic tu, dalam lebih kurang 20 ekor virus je berjaya dibunuh. Maka cepat-cepatlah Pak Incek kata setuju. Nampak tak? Mudah kene pengaruh Pak Incek ni kan? Hahaha...Mula-mula cakap nak cucuk je dulu yang routin 2 bulan tu, after a week baru cucuk rota dan Pneumococcal, tapi doc cakap eloklah cucuk sekali harung je. Sakit sekali, melalak sekali. Kesian 2 - 3 kali nanti. Ha, I tercenggang okay but setuju je lah. Tapi macam biasa memang lah si ibu ni dok jauh-jauh taim anak kene cucuk. Tak sanggup okay..Rasa nak nangis pun ada. Pak Incek lah tunggu situ dengan doc. Sempat lagi Doc buat nada cool 'mama takut ke duduk jauh tu?' hahaha..Comelkan?? Sebelum cucuk doc timbang dah naik 5.8 kg. Yay!!

Macam biasalah, Omel nangis sampai merah padam muka tu, tapi sekejap je. Keluar bilik doc dah tak nangis dah cuma buat muka sedih yang comel gedik tu. Kesian tau anak ibu ni kene cucuk kan..Ok btw, Rotavaris dengan pneumococcal tu ialah vaksin/injection tambahan/optional but highly recommended by doctor. Yang Pneumococcal tu boleh mengelakkan sehingga 70% risiko jangkitan kuman pada otak. Memang takdelah kan Pak Incek nak tangguh-tangguh benda-benda macam tu kan.

I dapat half day baru masuk office balik. But petang tu, badan Omel panas. Kelam kabut la kan I cari termometer. Cek badan panas 38 sah demam. Risaunya hati ni. Masa ni lah doa selalu biarlah demam kene kat Ibu. Omai omaii..Tapi, alhamdulillah esoknya Omel dah okay. Cek suhu ok. Syabas!!! Tapi Omel mula taknak minum susu dah. Malam cuma bangun minum sekali. Siang pulak minum 2 kali tapi tak habis pun sebotol. Mau tak lagi gelabah. Kalau tak minum mana nak dapat energy?? Dahlah Omel ada masalah macam ada lendir dan selsema, susahlah nak minum kan..At the end macam dah tak boleh tahan lagi kelmarin, bawak jumpa Doc Nik pulak di Azzahrah sebab Doc Nazim tak bertugas dat day. Alhamdulillah, bila dah bagi ubat spray kebaskan sakit kat tekak dan ulser serta ssachet cairkan lendir kahak tu, Omel dah mula minum. Borak pun kuat! Senang hati pergi kerja!!


No comments:

Post a Comment

Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.

PENAFIAN @ DISCLAIMER

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di alenewphase.blogspot.com ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada alenewphase.blogspot.com. SEKIAN.

Adalah dimaklumkan sekali lagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998