Saturday, 16 March 2013

My Dear Iman Zara : Hilangkan atau Kurangkan Selsema Kahak

Salam sabtu semua. Hari ni hari ke 15 bercuti. Ada masa 15 hari je lagi masa nak tumpu 100% perhatian pada Omel dan rumahtangga. Ehem! Bukan la maksudnya selama ni tak jaga rumahtangga, tapi sekarang ni terasa fully housewife ye. Seronok jugak duduk rumah tak bekerja ni, tapi lama² nanti tak taulah bosan ke tidak. 

Alhamdulillah Omel dah sihat dah. Sudah cardas! Minggu² sebelum ni risaukan Omel yang ada bunyi kahak teruk. Tak selsema tapi ada batuk sikit². Dah bawak ke specialist tapi tak de yang berubah. Doc cuma cakap lama² akan baik sendiri. Yelah, baby mana boleh makan ubat selsema and so on kan. So macammana nak bantu bagi hilangkan semua kahak, lendir dan batu. Tiap pagi Pak Incek atau saya akan sedut hingus kat hidung Omel guna nasal aspirator. Tapi tak berkurang pun. So, dok google lah sehari untuk dapatkan apa² info pasal mende ni. Search punya search terjumpa pasal 'Klinik Wangsa'. Ramai ibu² yang dapatkan rawatan kat sana kalau anak² selsema. Tekadkan hati, kami pun pergi. Sampai sana giliran no 22. Gila ramai orang yang kebanyakannya ibu² yang bawak anak kecik. 

Masuk je jumpa Doctor Nadhir Khan terus cakap 'teruk batuk' yang kebetulan Omel batuk masa masuk. Pandailah Oml ni. Hehehe..Bila doc letak scope dia nak dengar kat dada tu langsung tak dengar apa² tai batuk Omel teruk. Actually Omel batuk sesekali tapi bunyinya memang teruk macam kahak terlampau banyak. Soalan pertama doc tanya lahir Czer atau normal? On time atau lewat? Sejarah keluarga ada athma ke? Lepas tu doc terus cakap buat NebulizerSteamer.  kat Omel untuk cairkan kahak. Omai! Omai! Tentulah macam kene rotan Omel menangis kan. Saya ni pun sama nak nangis sebab tengok Omel menangis teruk. Doc cakap, proses tu tak sakit pun cuma Omel akan menangis sebab tak selesa bila kene control kepala dan badannya. Dan doc cakap bagus kalau baby menangis. Memang kene kuat semangatlah. Dalam 10 min doc datang semula dan ajar buat tepukan kat belakang badan dengan cara lengkung tapak tangan yang bertelangkup lebih kurang seminit. Tepuk kanan dan kiri depan belakang. Tujuannya untuk longgakan kahak kat paru² dan muda untuk keluar. 

Kemudian, doc telentangkan Omel dan minta saya pegang tangan kanan dan kiri Omel. Masa tu lah betul² rasa nak nangis. Doc buat teknik suction. Doc masukkan wire untuk sedut kahak. Masyaalah!! Punyalah banyak keluar. Suara Omel tak payah cakaplah kan. Saya punyalah ngeri tapi doc steady je. Doc cakap ada je kes suction sampai berdarah. Saya bertambah² risau, tapi nasib baik tak de apa² pun. Masa keluar dari bilik doc, semua mak² yang ada doc pandang. Mesti fikir anak dia ni kuat benor nangisnya. Hahahha. Tapi, masa keluar bilik Omel langsung tak nangis. Cuma sedih² je rupa dia. Masa ni doc dah bagitau pernafasan dah mula ok compare mula² sebelum disedut. Dan doc ingatkan juga, selalunya 2nd time sedut mesti lagi banyak kahak yang keluar. Jangan terkejut. Lepas tu doc ajarkan beberapa perkara yang kita sendiri boleh buat di rumah.

Teknik Nebulizer Steamer

Panaskan air dalam rice cooker sampai menggelegak. Kemudian kita duduk di kerusi dan letakkan rice cooker tadi kat tepi sebelah bawah. Telangkupkan baby atas peha dan makesure muka baby tadi kene dengan wap air dari rice cooker tadi. Buat dalam 15-20 min. Yang ni kene buat 3-4 kali sehari.

Teknik Tepuk Percussion

Tepuk ni macam saya cakap tadi dengan lengkukkan tangan yang tertangkup. Kemudian tepuk dibahagian belakang dan depan baby kanan dan kiri lebih kurang 1-2 minit. Bunyinya macam kuat, jangan risau sebab tepukan ini tak menggugurkan jantung baby ye. Ianya bertujuan untuk longgar dan keluarkan kahak dalam paru. Saya selalu buat bila lepas mandi ke, atau time tengah main² dengan Omel. 

Dah 2 kali buat suction kat Klinik Wangsa ni dan so far alhamdulillah. Omel selesa dah nak bernafas. Memang tak dinafikan kali kedua suction tu, kahak lagi banyak. Sebab kahak yang terkumpul di bawah² mula naik ke atas dan keluar. Till today, sesekali kene gak sedut kahak Omel tapi Omel banyak improve. Tidur malam dah tak terganggu lagi macam sebelum ni. 

Menurut doc Nadhir hanya dia satu²nya doc kat KL area buat teknik ini. Mungkin betul sebab banyak kali ke specialist pun mereka tak buat teknik ni dan Omel tak baik². Sapa yang berminat nak bawak baby u all ke Klinik Wangsa ni, ini alamtnya :

Klinik Wangsa Sdn. Bhd
No. 46 Jalan 24/27A
Seksyen 1 Bandar Wangsa Maju
Kuala Lumpur
 Tel: 03-41421614

Oh ye, saya memang tak dan nak ambil gambar Omel kene Neb or suction sebab mana dan tangan tu kan? 

No comments:

Post a Comment

Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.

PENAFIAN @ DISCLAIMER

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di alenewphase.blogspot.com ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada alenewphase.blogspot.com. SEKIAN.

Adalah dimaklumkan sekali lagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998