Mulakan Huruf Z Untuk Nama Anak
Dalam seminggu dua lagi ni bertambah ahli keluarga saya. Tak sabar rasanya. Adik no. 3 dapat second baby. Hah! Mak saya lah orang yang sibuk nanti sebab dia beriya nak jaga Omel dan at the same time jaga anak adik yg pertama dan yang bakal baby. Hehehe.. Tapi tu juga menunjukkan saya kene keluar subuh shapie nak hantar Omel ke Putrajaya sebab mak akan duduk dengan adik dalam tempoh berpantang dalam masa seminggu. Omaii!! Takpelah seminggu je kan.
Zarif Faiz nama anak adik yang pertama. Nampak tak kat bawah tu apa maksudnya Zarif? Maksud Periang; berjenaka. Saya dapat agak 2nd baby pun dia nak letak huruf bermula Z juga. Ikut sukalah kan. Adakah ini petanda saya dah tua sebab makin bertambah anak buah? Patutlah semalam nampak satu uban kat kepala. Hahah redha je lah..
Bakal adik Z jugak. Z apa?? Jangan Zack Azura sudahlah!! |
Si abang Zarif Faiz |
Sebenarnya takde motif pun nak update blog ni. Sebab tu cerita meraban je. Hek hek hek. Tapi hati ni rasa macam nak update blog. Pikir punyalah lama nak update tajuk apa. Banyak berjalan tapi langsung tak ambik gambar apa pun. Wakakaka..Inilah jadinya..
Inilah anak buah saya yang makin hari makin bijak. 6 semuanya coming soon + sorang + Omel = 8 semuanya cucu mak setakat 2013. Ok bai! |
Comments
Post a Comment
Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.