Bukan Rezeki Saya
Saya diuji dengan kesabaran dan keikhlasan. Photographer yang selalunya menjadi tempat kepercayaan client telah membuat onar hingga saat ini. Wang dibayar hasil tiada. Janji mampu menyiapkan dalam masa seminggu. Seminggu berlalu senyap tanpa berita. Cuba dapatkan respond lagi, minta tangguh lagi. Senyap juga. Kemudian beri alasan salinan telah hilang kerana kecurian. Saya kecewa amat sangat. Untuk meredakan hati, berbincang secara baik dan photographer setuju untuk membayar semula tetapi secara ansur. Memandangkan sifat belas masih tebal, cadangan dipersetujui. Ansur 3 kali bayaran dan akan mula buat bayaran 1 April 2013. Senyaplah terus tanpa berita. Tiba masa yang dijanjikan, saya text akaun number kepada photographer untuk tujuan bayaran seperti yang dijanjikan dan dipersetujui. Tiba-tiba dijawab bahawa salinan masih ada dalam laptop bosnya yang akan pulang dari vietnam esok malam. Nampak tak permainannya disitu?
Dek kerana teruja gambar masih ada dan terlupa kejadian lepas, dan sebenarnya kalau boleh malas nak bertekak, saya menunggu masanya seperti yang dijanjikan. Seminggu berlalu senyap tanpa berita. Bila di text lagi katanya sibuk dan akan diserahkan hujung minggu depan jam 12.00 tengahari. Itu bermaksud hari ini 12.4.2013. Sehari sebelum dah ingatkan temu janji tapi tiada balasan. Saya masih positif, namun bila sampai masanya dan batang hidung tak muncul, itu dah menguji sabar saya nampaknya. Hilang sabar nampaknya. Selama ini saya hanya dengar karenah photographer yang macam-macam walau bayaran penuh dah dibuat. Saya akui, jumlah yang saya bayar tidak besar tetapi photoshoot saya juga sesuai dengan harganya.
Menyesal? Adakalanya terbit juga perasaan seperti itu. Nawaitu asal mengambil 'dia' as photographer sebagai membantu dalam pada keadaan 'dia' waktu itu yang agak sesak. Tapi ini dapatnya. Ini sudahnya. Apa nak buat? Nasi sudah jadi bubur. Yang ada hanya secebis kertas bukti 'dia' ada menerima sejumlah bayaran beserta nama penuh dan akaun number juga sms dan messege yang masih saya simpan hasil tulisan tangannya. Kalau itu bukan rezeki saya tak mengapalah. Tapi takkan kemana dengan hasil yang tidak seberapa dan belum tentu diikhlaskan oleh orang. Dan jelas itu adalah satu penganiayaan. Dan kalaulah kita bersikap seperti ini, pastinya akan disumpah seranah dek orang. Bagaimana pula kita nak hidup tenang, selesa dan selamat? Dan kalau begini juga caranya kita berjuang untuk meneruskan hidup, tak kemanalah kita dengan menganiaya dan menipu.
Hati panas, tapi kalau biarkan hati marah lagi bertambah penat. Untuk menyejukkan hati beristighfar berulang kali. Fikirkan positif dan saya akan fikir kemana saja 'dia' boleh pergi dengan jumlah sebesar itu. Setenang mana kehidupan 'dia' dengan menganiaya orang lain. Dan saya yakin, bawa rezeki terletak dalam kekuasaan Allah S.W.T bukan ditangan makhluknya.
Katakanlah: “Siapakah yang memberi rezeki kepada mu dari langit dan dari bumi?” Katakanlah: “Allah”, dan Sesungguhnya Kami atau kamu (orang-orang musyrik), pasti berada dalam kebenaran atau dalam kesesatan yang nyata.
Ternyata ini mampu menyejukkan hati saya. Insyaallah.
Comments
Post a Comment
Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.