Thursday, 9 May 2013

Mengundi Jari Berinai

Salam semua,

Pilihanraya kali ke-13 dah lepas. Saya pun dah selamat menjalankan tanggungjawab saya pada negara. Ada yang tak mengundi ke ni? haish! Rugi tau tak mengundi ni. Undi kita ni penting ye puan² tuan² adik kakak. Takpe, makesure 5 tahun lagi dari sekarang mendaftar dan nanti boleh mengundi.

Anyway, saya mengundi di Dun Bangi Parlimen Serdang. Dan seperti jangkaan PAS menang di Dun Bangi. Alhamdulillah takdelah kejadian² jadian² pelik yang berlaku didepan mata saya. Tapi kalau kat belakang tu tak taulah pulak. Banyak isu timbul pasal pilihan raya ni. Isu blackout tiba², isu pengundi hantu, isu perkauman, isu kertas undi dan eh banyak lagilah isu yang timbul. Dan saya yakin ketakukan isu² seperti inilah memaksa BERSIH 3.0 diadakan dulu. La ni, sebabkan isu ini pulak ada perhimpunan Black505 malam tadi. Haih!!! Bila lah nak berkesudahan semua ni? Untuk saya saya cuma perlukan pilihan raya yang adil dan telus. Malu lah dengan duta luar negara yang melihat politik malaysia yang caca marba kacau bilau. Ada juga saya melihat rakaman berita dari luar negara yang melihat dengan negatif pilihan raya kita. Maluuuu...Malu acik tau..

Takde apa sangatla nak ceritakan pasal pilihanraya ni cuma nak bagitau saya ni over eksaited mengundi. Dah 2 kali mengundi pun masih eksaited bebenor. Mana idoknya pilihan kita itulah yang menentukan hala tuju negara kita nanti. 

Nampak jari berinai biru?? Gigih sangat la petugas SPR tu inaikan tangan saya. Ada setengah tempat tu  cuma calit kat kuku je. Haih!!

Ini yang beratur kat saluran 3. Saya di saluran 4 dan kebanyakan yang beratur di saluran 4 tu kerja gomen. Mak saya  sampai je terus boleh mengundi kat saluran 1. Tak macam saya yang kene beratur sejam untuk beratur. Mana taknya, mak dah pencen. :) Masa ni jugaklah orang ramai sibuk nak bergambar dengan Suhaimi Sulaiman. Saya dok pandang je sebab taknak hilang giliran barisan! hek hek hek

No comments:

Post a Comment

Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.

PENAFIAN @ DISCLAIMER

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di alenewphase.blogspot.com ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada alenewphase.blogspot.com. SEKIAN.

Adalah dimaklumkan sekali lagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998