My Dear Iman Zara : Masuk Wad

Last 2 week memang hari yang menggentarkan hati saya. Sejak Omel lahir tak pernah demam atau sakit. Cuma setakat kembung pada awal bulan pertama dan selsema sikit. Selain tu alhamdulillah tak ada apa². Tapi 2 minggu sudah suhu Omel naik turun. Dah rasa lain macam bila pegang kepala dia. Sebelum tu hati berat nak hantar Omel ke rumah mak sebab sepupu Omel yakni zarif masa tu baru start demam. Zarif pulak berjangkit dari sepupunya yang di klang. Berjangkit waktu sepupunya datang ke rumah untuk melawat baby baru (adik zarif). Hati dah macam berat sangat nak tinggalkan tapi sebab kena kerja, tinggalkan jugaklah. Balik kerja pukul 5.00 tu tengok Omel dah lain macam. Cek suhu badan 37.8 cepat²lah lap kan Omel dengan tuala sejuk dan letak cool fever. Lepas tu suhu normal je. Sebab suhu normal, we all pun decide untuk sunatkan Omel jumaat tu. Alhamdulillah, tak ada apa² tapi malam tu suhu Omel mula naik semula. Cepat² bagi ubat demam yang doktor bekalkan dan letak cool fever serta letak tuala basah kat badan. Suhu kembali normal. Tapi siang tu, suhu Omel naik turun. At last sebab kerisauan lebih tinggi dari Gunung Brinchang, maghrib petang sabtu tu we all bawak ke Pusat Rawatan AzZahrah. Masa checkup tu suhu naik 38 dan doktor nasihatkan masuk wad. Dah gempak dah sebab masuk wad. 

Entah kenapa kebetulan, malam tu ramai pulak baby yang masuk wad. Doktor kata persekitaran sekarang tak sihat. Nasib baik, ada juga wad kosong untuk Omel. Deluxe room sebilik seorang. Tak kisahlah check in je. Proses yang cepat, doktor Nazim paed Omel yang masukkan jarum untuk masukkan air dan antibiotik. Suara Omel tak payah cakaplah, satu bangunan kot boleh dengar bila jarum masuk ke tangan. Saya? Tentulah saya tak tengok sebab kes tak sampai hati. Lagi pulak doktor kata 'kalau mama tak sampai hati nak tengok mama boleh tunggu kat luar'. Apa lagi cepat saya keluar sambil lap air mata nih!. Tapi Omel nangis kejap jek, bila doktor dah selesai dia mintak saya masuk ke bilik, Omel tengah gelak² dengan kakak nurse. Memang gedik ni anak ibu..hehehe..


Malam tu suhu Omel memang tak stabillah. Kejap naik kejap turun tapi naik pun maksimum 38 saya dah risau panggil nurse. Hehehe..Kesian tau, takut apa² jadi lagi nanti susah. Omel ni ada masalah makan ubat, so tiap kali nurse nak bagi ubat demam, memang Omel akan menjerit² menangis. Aduhai..Tapi syabas nurse yang pandai bagi ubat demam tu kat Omel. Kecuali ada sorang nurse tu macam reti nak bagi. Force Omel minum dan akhirnya muntah. 2 kali buat 2 kali muntah. Sudahnya saya sendiri mintak untuk buat sendiri. Nurse dok asyik cakap 'sakitnya hati dia 2x' during suakan ubat demam kat Omel. Haish! Geramnya hati saya..Alhamdulillah hari ke-3 (isnin) doktor dah benarkan Omel keluar. Doktor jugak nasihatkan untuk on aircond bilik dengan suhu 23 dan ruang tamu dengan suhu 20 untuk tempoh seminggu dengan bekalan ubat demam dan antibiotik yang perlu dihabiskan dalam seminggu. Sebab tu jugaklah kak lya call beberapa kali nak postage barang saya tak dapat angkat sebab tak dengar. Maaf ye kak lya. :)

Alhamdulillah 6 Mei aka sehari selepas undi, bawak Omel untuk followup dengan doktor Nazim dan doktor kata sihat. Cuma perlu kawal kalau boleh jangan bawak kat crowd untuk mengelak jangkitan dan sebagainya. So masa lawatan tu, Omel cuma gelak² dan ketawa kuat² dengan doktor. 

Masa demam doktor timbang 7 kg je. Lepas dua minggu doktor timbang 7.4 kg. hehe


Kat rumah nenek kene tidur buaian dan nilah perangai kalau tido suka tutup mata sebab silau!
As ibu, hati memang murung bila anak demam @ tak sihat. masa ni lah selalu cakap 'bagilah sakit tu kat ibu'. Masa kita kecik² dulu mesti mak kita buat macamni jugak kat kita kan??

Comments

Popular Posts