Sentiasa Positif
Nak cerita la kan
Kita selalu tengok manusia di kalangan kawan-kawan kita ni suci je.
Pernah tak korang terfikir yang kawan-kawan ni akan mengata kita dibelakang?
Waimah kawan yang kita rasa rapat
Ikut pengalaman saya?
Baik korang fikir. Percayalah mereka akan berkata
Kadang-kadang yang kita tak terfikir mereka akan mengata pun mereka kata
Pernah tak korang rasa nak share apa yang korang ada kat kawan-kawan atau sekeliling?
Ikut penagalaman saya, tak payah share keinginan
Kadang-kadang apa yang kita buat tu takde langsung menjurus ke arah menunjuk, berpoyo atau berlagak
Tapi orang lain menafsir begitu
Dia ni poyo
Saya tak suka awak sebab awak ni macam belagak
Apa aku ada dia pun nak
Itu antara pandangan kurang bijak yang saya fikir agak kelam sedikit hatinya
Ada juga yang depan manis belakang menikam
Ada juga yang terang-terangan menembak dengan kata-kata
Jangan korang anggap semua tu negative. Semua tu menjadikan kita lebih berhati-hati, menjadikan kita lebih berwaspada dan yang hebatnya menjadikan kita lebih banyak bermuhasabah. Memikirkan supaya kita tidak melakukan perkara lagha.
Bukankah itu akan menjadikan kita lebih baik?
Jadi korang patut juga berterima kasih dengan mereka-mereka kerana membawa kebaikan secara tidak langsung.
Alhamdulillah. saya merasa gembira kerana teguran demi teguran sebab saya mendapat kebaikan.
Comments
Post a Comment
Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.