Untuk Kamu Dari Saya
Kamu ingat tak kita pernah kongsi sekotak tisu sebab air mata berjurai-jurai?
Kamu ingat tak saya datang dengan sebiji kek dan peluk kamu?
Walau saya tak tau apa punca saya peluk kamu
Saya pernah mendesak kamu
Memberitahu apa yang tersirat
Tapi kamu sentiasa menafikannya
Akhirnya kamu menyerah
Rupanya 'dia' penyebabnya
Dan untuk pengetahuan kamu saya menolaknya
Bukan kerana saya mencarinya
Maafkan saya yang tidak peka hati kamu
Setiap kali kita di situasi tidak selesa
Kita tidak pernah membincangkan masalahnya
Kita lebih selesa membiarkan
Menunggu siapa yang akan memulakannya dahulu
Kita tak banyak berbicara tentang hubungan kita
Kita lebih banyak menghantar laporan masalah each other
Itu yang menjadikan kita lebih rapat mungkin
Saya hargai kamu yang pernah bersusah senang bersama
Saya bersedih saat kamu menerima pengesahan ikatan kamu
Hari-hari saya risaukan kamu
Hari pernikahan saya ada riak di wajah kamu
Saya sedarinya tapi saya mengabaikannya
Kesilapan saya membiarkan kamu
Sekarang kamu telah berjumpa pilihan terbaik
Saya orang terakhir kamu beritahu
Tapi saya tetap gembira sebab kamu gembira
Semalam
Kamu menyambut salam saya dengan jawapan begitu
Lama kamu menyepi saya cuma bertanya khabar
Kita bukan berjauhan 1000 kilometer
Bila kali terakhir berbicara?
Oh 2-3 bulan lalu minta saya menyemak kertas kamu
Saya
Tidak langsung berniat mengganggu kamu
Janganlah menyalah tafsir hati saya
Lantas saya diberi jawapan begitu
Maaf saya telah menyatakan rasa sedih di media sosial
Maaf saya telah menyatakan rasa geram di timeline
Maaf saya telah menyatakan rasa dengan kasar
Kerana saya tau kamu tiada disitu
Kerana saya tak mahu kamu bersedih dengan perasaan negative saya terhadap kamu
Apa yang saya tahu tentang kamu
Kamu seorang yang baik cuma mungkin kata-kata kamu
Saya akui ada kesilapan sepanjang perjalanan ini
Mungkin juga kamu pernah berasa hati dengan saya
Mungkin kamu pernah kecewa dengan saya
Jadi maafkan saya..
Tiada sebab untuk saya maafkan kamu
Kerana saya menganggapnya tiada apa berlaku
Melainkan emosi saya
Seikhlasnya
Saya gembira kamu bergembira.
Dan saya doakan kamu sentiasa bergembira..
Amin
******
Baru terbaca sesuatu tapi mungkinkah? Abaikanlah
Comments
Post a Comment
Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.