Tuesday, 11 June 2013

Aqiqah Rania

Ni shot last weekend 8hb Jun 2013 ke kenduri aqiqah Rania. Rania ni lahir 2 minggu lewat sebelum Iman. So, bila dah dijemput, datanglah kan. Makan free. Sapa pulak tak nak datang. 

konon nak kutip experience jadi mak yang anjur kenduri untuk anak. 
Ada rasa ketaq ke, rasa malu ke apa ke..hehehe. 
Puii! Macam nak sambut kenduri kawen anak gamaknya. Cuma nak buat aqiqah anak la wala weih..huhu. Tu pun hujung bulan. Tapi eksaited macam besok nak kendurinya. Ahaks!

So, makanan majlis yang ringkas tapi sempurna. Pagi tu, dimulakan dengan marhaban jam 10.00 pagi lepas marhaban sambung tahlil pulak. Masa halfway tahlil tu baru saya sampai dengan husband. Husband terus join tahlil, saya pulak? Cepat cari meja dan duduk. Tak larat lah nak dukung Iman yang super eksaited kalau tengok orang ramai-ramai. Tak lama tu, office mate lain pun sampai. 

Pot pet pot pet sekejap. Sambil tu ibu Rania sibuk snap sekeping dua foto Iman. Iman hoccay bukan ibu Iman. Aish!! Ada cemburu di sini. Hehehe..

Masa tu jugakla, office mate ni ceduk makan. Terliur ok sebab lapar. APa lagi, berserah je ceduk nasik sambil sebelah mendukung Iman. Oh! Pak Incek nampak dari jauh tangan ketar-ketar pegang Iman, terus ambil Iman dari tangan. Puh!!! Lega. Haruslah Pak Incek bagi laluan pada Ibu Iman kan? Makan dengan senang hatinya. Lauk semua sedap-sedap. Yummy. Ada sambal bilis dengan petai, ada gulai nenas, dalca kambing, ada rojak dan apa lagi eik? tak ingat, tapi cordial pun sedap yummy.

Baby Rania aka Pengantin


Nampak tak Baby Iman pandang Baby Rania?



Inilah mama papa Rania


On the way ke rumah kenduri. Bukan main baik lagi

Half way mula la membebel


No comments:

Post a Comment

Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.

PENAFIAN @ DISCLAIMER

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di alenewphase.blogspot.com ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada alenewphase.blogspot.com. SEKIAN.

Adalah dimaklumkan sekali lagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998