Thursday, 6 June 2013

Mula-Mula Pergi Kenduri Singgah KLCC

Minggu lepas tangkapan baru nak upload harini. Ingatkan takmo nak pergi sebab badan sakit-sakit sebab hari sabtu ada kenduri cukur jambul anak buah, tapi sebab mak kata tak pernah datang ke kenduri makcik sedara dia ni yang sebaya dengan dia, maka pergilah kami ni anak beranak. Saya jenis, kalau saya je anak beranak pergi takmo, mesti nak pergi dengan adik beradik lain. Penuh 1 MPV dengan 1 kereta datang kenduri rumah nenek. Takpelah..Kata rumah nenek kan. Berbaloi datang. Kami disambut macam VIP pulak. Almaklum dah berpuluh tahun mak kata tak jumpa makcik sedaranya ni. 1st time jugak saya jumpa nenek sedara ni. Nenek sedara sebaya mak. Mak pun tak panggil nenek ni 'nenek aka mbah untuk orang jawa' tapi panggil nama je. Hehehe...

Menu? Haruslah meriah sangat. Pecal, daing masak hitam, ayam masak merah, nasi beriani, ikan masin, ayam goreng berempah, sambal belacan, pajeri nenas, gulai, sambal belacan, tapai, cendol dan ntah apa lagi pun tak tau.  Tapi mahap la kan, tak sompek nak snap picture satu-satu. Lagi pulak ada tertulis kat paper sapa amik gambo sebelum makan sakit mental! sudahhh!!!! Saya sihat weh!

Macam-macam ada siap ada persembahan tapi kami tak tunggu pengantin sampai sebab dah tak larat sangat. Dan as usual pakcik-pakcik lain pun kerja mengekor kami mana nak pergi. Tak rancang langsung nak jalan-jalan lepas kenduri, tetiba permintaan pakcik nak bawak anak school holiday. Jenuh kepala ni nak bawak kemana depa ni yang duk Rembau!
Tengah siap-siap nak pergi kenduri dan si Omel kene buli dengan maktehnya
Bukan main cardas si Omel-Omel datang kenduri. Tak nangis langsung. Lagi pulak cameraman majlis ni dok focus dekat-dekat muka Omel-Omel. Harus minta percent ni..:P

Mohon abai ketembaman kami sekeluarga. hek hek hek
Bergambar depan pelamin dengan adik tapi  pelamin tertutup dek kami

Jalan KLCC nak ke Aquaria
Baby 40 hari pun angkut jugak walhal sehari sebelum tu cukur jambul!
Kekaguman kenit-kenit dengan ikan



Gigih meredah Aquaria dengan berbaju kurung!
  



Add caption

Add caption

Ini adalah manusia asli!

Rombongan Cik Kiah!

Ada hati nak angkat!

Sehari berjalan..penat!

No comments:

Post a Comment

Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.

PENAFIAN @ DISCLAIMER

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di alenewphase.blogspot.com ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada alenewphase.blogspot.com. SEKIAN.

Adalah dimaklumkan sekali lagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998