Monday, 24 June 2013

My Dear Iman Zara : Philip Avent Steamer & Blender Mudahkan Kerja - 1st Day Iman Makan

Saya excited nak bagi Cik Omel makan.
Tengok muka dia dapat makan.
Saya mulakan dengan apple puree.
Dapatlah 2 sudu tapi muka dia siyes cute sebab apple puree tu ada rasa masam sikit kot.
Eh tapi paed Cik Omel bagi tau haritu start dengan bubur nasi 2 minggu then baru follow buah dan sayur. Ikan² dan lain² tu start masa 8 bulan nanti.
Tapi kelam kabut punya pasal saya bagi apple puree dulu. Mana tidaknya, adik dah tunggu kat rumah mak nak buat projek keluarga. So, keluarkan apple dan puree kan apple tu.

Sebenarnya bukan apa, tak sabar nak pakai Philips Avent: Steamer & Blender. Ni beli kat Littlewhiz masa on the way nak balik kampung tempohari.


Kebetulan ada disc sikit. Harga asal RM459.00 dan after disc jadi RM367.20. Kalau tengok kat Jusco mak aii langsung tak da disc. So far puas hati pakailah. Buat masa ini lah.

Mudah dan cepat. Memula steam dalam 15-20 min pastu lepas steam terus terbalikkan bowl tu dan blend. Kan? Semudah 1 2 3. Ecewahhh!!

Kenapa nak beli benda ni? Banyak cek dengan En. gugel, info mendapati makanan yang direbus akan mengurangkan zat. Untuk kekalkan zat adalah lebih baik steam. Poodahcit. Alasan semata. Steam macam biasa guna periuk dan penapis pun boleh. Then blender seperti biasa. Sebenarnya hati ni kepala ni dah set kat Philips Avent: Steamer & Blender jadi banyaklah penyebab yang timbul. Hahahah

Malam tadi buat bubur nasi dari beras perang. Blend hancur dulu beras tu, kemudian masak hingga lebik kemudian masukkan dalam Philips Avent: Steamer & Blender. Terus putar blend! Tada siap. Sorry no picture sebab malam tadi masakkan bubur Cik Omel jam 12.00 malam. Gila kentang mengantuk menunggu, otak kaput tak leh nak fefeling.

Masa beli tu free juga food container tu. Kalau beli kat tempat lain tak taulah dapat free ke tidak. Tapi, untuk portable memang tak sesuai kot. Nampaknya kene beli Shake & Take pulak ni..hahah..*Itu namanya mintak kene lempang* hahah
Tengah merasa makanan. Tangan tu kemain lagi ligat sebab tu ibu dok pegang!
Muka gembira bahagia dapat makan

2 comments:

  1. Salam ibu iman Zara
    Nk buat Bubur nasi xleh ke steam beras dlm tu je?

    ReplyDelete
  2. Nk tanya..u masih guna ke avent tu?full utilize x

    ReplyDelete

Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.

PENAFIAN @ DISCLAIMER

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di alenewphase.blogspot.com ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada alenewphase.blogspot.com. SEKIAN.

Adalah dimaklumkan sekali lagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998