Wednesday, 28 August 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013 1434H

Lagi 9 hari Syawal melabuhkan tirai barulah terkedek² me nak post pasal raya. Tu pun nak post yang maha pemalas. 

Tahun ni tahun kedua beraya berumah bertangga dan tahun pertama beraya dengan Iman Zara bambam buchuk tu. Seronok apa pulak tak seronoknya kan? 

Jangan tanya baju berapa helai! Memang berpasang² lah untuk dia saje. Ni sapa yang super exsaited nak raya pun tatau. kih kih kih..

Tahun ni 2 pasang baju raya untuk Iman Zara. Bukan main lagi kan anak dara ibu ni kan. :) Tahun ni thema kami turqoise. Alhamdulillah, sekali lagi macam tahun lepas, kami berjaya seponser semua adik beradik mak abah dan anak² saudara semua sepersalinan pakaian dari baju till kasut dan termasuk samping! Alhamdulillah, tahun ni kami berlebih sebab ada rezki lebih. Terima kasih Allah!

Tapi ada macam perasanlah..Raya tahun ni macam kurang meriah. Yelah mungkin rakyat malaysia bersedih dengan nasib saudara kita yang ditindas di Mesir nun. Takkan kita nak beraya sakan plak kan?

Tahun ni jugak, me kene masak dengan bantuan adik 2 oran gsebab mak dah balik kampung dulu memandangkan nenek atuk kat kampung tu takde sapa yang nak tolong masak. Adoi!! Dengan cuaca panas, me kacau rendang 3 kg  tengah panas!! Mencabar tak? Mencabar kannn...Gila tak cabar? Tapi hasilnya mabeles kata Pak Incek dan Omak..hehe..

Menu tahun ni? Nasi impit, kuah kacang, 3kg rendang daging, 3 ekor ayam masak merah, 2 ekor ayam masak kicap, 3kg rusa masak ungkep, tumis kering. 

Lepas tu semua orang pengsan kepenatan. Plan nak balik kampung petang sebelum raya pun tertunda ke malam sebab masing² pengsan. 

Schedule tahun ni kitaorang ubah sikit. Boringlah asyik sama je macam tahun yang lepas. Raya pertama masih macam biasa masuk kampung sebelah mak. Raya kedua kita tak pergi rumah moyang kat kg. Selabak tapi kita pergi Padang Tembak! Selain tu pergi rumah saudara mara abah yang dah bertahun kami tak datang jenguk..Ha lari macam biasa..Tapi pakcik² adik beradik mak tu tetap pergi kg. Selabak macam biasa, cuma kami je tarik diri. Raya ketiga masuk kampung sebelah abah untuk melawat mak/pak sedara abah dan adik beradiknya..Ini juga kebiasaan.

Raya keempat kami semua adik beradik ke Johor untuk beraya rumah adik beradik Pak Incek. Macam biasa Pak Incek ni gemor angkut seme adik beradik me beraya atau berjalan sekali. Dari johor barulah ke sebelah keluarga adik ipar yang lain² dan kami pun berkonvoi bersama-sama.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dari kami Muhamad Jefri, Nor Hamizah & Iman Zara.
Tema tahun ini dipakai raya ke-3
Selamat Hari Raya 

Selamat hari raya abah!

Adik² lelaki semua kami pasangkan dengan warna yang sama

Inilah kami!



Iman Zara di pagi raya ke-3

Tema kami raya ke-2

Tema kami di raya ke-3

Kami di pagi raya pertama

Tak ingat raya ke berapa..Raya ke-5 mungkin



Kami beraya di rumah kakak Pak Incek

No comments:

Post a Comment

Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.

PENAFIAN @ DISCLAIMER

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di alenewphase.blogspot.com ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada alenewphase.blogspot.com. SEKIAN.

Adalah dimaklumkan sekali lagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998