Cuti² Ke The Grand Lexis Tg. Gemuk

Ini holiday 5 Oct 2013. Lama simpan dalam draft. Konon nak edit la bagai tapi hampeh! Tak dan nak update apa pun end up publish terus.


----------------------------------------------------------------------
Adik saya dah lama ajak holiday ke The Grand Lexis. Tapi kekangan masa, bertangguh 2-3 minggu. Bila set masa baik² alhamdulillah semua adik dapat ikut kecuali adik ipar sebab duduk di kedah tak dapatlah join. But insyaallah next trip to langkawi dia boleh berkumpul sekali.
Kalau kita tengok sebelah tu adalah The Lexis which is takde pool dalam chalet dan ianya apartment. Grand Lexis pula provide private pool dan challet
Di rasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan
Oh ya! Lokasinya di Tg. Gemuk Port Dickson. U all akan jumpa Glory Beach Resort sebelum The Lexis!
Saya konvoi 2 kereta dengan adik yang di Putrajaya. 2 lagi kereta dari BAngi dan Kelang datang lewat petang. Dalam kereta kami ni memang penuhlah dengan makanan dan orang². Kami sampai tepat jam 3.00 dan terpaksa menunggu dalam 45 min sebab bilik tak ready lagi. Duduk² sekejap, layan anak² sekejap, tak lama pastu front desk dah panggil.
Kalau kita checkin/out atau duduk² tunggu bilik siap ke, melepak sekejap kat sini ke resort provide minuman free. Staf resort akan datang hulur air tapi kalau korang rasa haus bebenor, ada je air kat sofa tempat duduk tu. Ambik sendiri je lah kan. Maaf! Tak snap pon. Nanti orang kata saya batak pulak. heheh

Sila jangan focus amoi seluar pendek tu. Focuskan sofa hujung nun tu. Tu la tempat saya duduk sementara mereka siapkan bilik. heheh
Masing² beratur nak naik buggy. Yang paling eksaited mestilah anak² kan sebab naik buggy tu. Sah² driver buggy kata kami ni batak benar walhal bukannya tak pernah naik buggy macam ni. Dah jemu tapi budak² la kan..hehehe... Sebenarnya tak jauh mana pun tapi penatlah jugak nak berjalan dengan cuaca kemain terik. Eh! Api neraka pagi panas dow..hahhahaha



Ha ni lokasi bilik kitaorang. Cariklah kalau jumpa. heheh


Saya sempat snap sebab saya menghadap ke arah belakang buggy!

Bila air pasang dan dapat tengok sunset dari sini memang cantiklah!
Macam biasalah, bila adik beradik ramai mana muat satu bilik je kan? Pak Incek a.k.a menteri kewangan saya book 2 bilik sebelah menyebelah. Tapi dalam bilik tu luas juga. Ada 2 king size bed, kitchen yang hanya boleh panaskan lauk dan keattle serta pinggan mangkuk, bathroom yang dibahagikan ruangan bilik air dan toilet serta sink cuci muka. Hehehe..But yg bestnya ada private pool! Yeahhhhh....So disebabkan dah kira soploh kali guna kalkolater jumlah laki dan pompuan menyamai, kami berkeputusan untuk mengasingkan lelaki dan pompuan. Maknanya terpisahlah kami dengan suami dan isteri untuk hari kejadian. Hehehe..

Inilah bilik kami




Ni apa fungsi pun tatau. Tapi yang saya tau untuk jenguk ke bawah bila air pasang atau surut. Hehehe
Sebelah kanan adalah kitchen tapi tingkap tu boleh di buka dan terpangpang pool!

Sebenarnya yang seronok bab pool ni budak-budak la kan. Tapi mak budak pun 2x5 jugak. Saya paksa mak mandi pool sama. Kat bilik sebelah rupanya abah pun bukan main sama masuk pool mandi dengan menantu². Hahaha..


Tapi bapak² budak pun boleh tahan!


Si bambam ni pun bukan main seronok sangat dapat main air. Kaki tak padan berkayuh kemain laju lagi. Insyaallah next month daftarkan kelas renang untuk Cik Omel ni.
Dinner malam tu memang tak keluarlah kami ni. Kebetulan masing² dah janji bawak bekal masing² termasuklah saya bawa bekalan makanan memikirkan malas nak keluar. Tapi disebabkan ada sorang dua yang nak keluar, kami kirim kfc je. Lepas makan rehat sekejap kemdian mandi pastu tidur. Rupanya dalam bilik perempuan yang dah senyap sunyi, bilik sebelah ada aktiviti. Aktiviti gejebus dan memancing!
Ni bekalan malam sambil tunggu ikan naik kononnya!

Ada jugak yang tak puas² mandi

Siap² nak memancing!

Balik memancing lapar!
The Grand Lexis provide beberapa aktiviti. Memancing dibenarkan di kawasan resort. Ada archery, boleh main pingpong, anda juga boleh sewa basikal kalau nak keliling resort yang tak seberapa besar tu. Ada juga basikal yang besar yang kayuh sambil berbaring tu. Apa ke nama mokcik tak ingat. heheh. Kalau u all datang minta senarai aktiviti kat front desk eih.

Memancing sebelah bilik jek!

Nampak tak penuh bergaya pempuan ni berachery..hehhehe..Gila sengal tangan nak habiskan sampai 20 anak panah..heheh

Ni hasilnya!

Kalau malas jalan, berbasikallah. Kita orang malas nak jalan tumpang buggy je kesana kemari. ahaks!
Datang berlepak ke resort kalau tak makan memang tak sah kan? Pagi tu kami berduyun berjalan ke coffee house sebab tunggu buggy lalu lalang tak de. Perut dah berdendang, jalan kaki je lah kan..Menu sarapan pagi oklah. Banyak pilihan juga..

Apa nama Coffee House tu pun tak ingatlah!!
Ni ruang dalam. Agak sempit jugaklah..Tapi jangan risau..Bahagian luar bersebelahan dengan pool ada ruang yang luas. Kat luar juga disediakan makanan

Menu makanan tak snap jugak. Tapi macam-macam ado.....

Tak senonoh lepas tunjuk muka kenyang gambar toilet terpapar. Hehehe..Ada perangai bila kenyang terus nak ke toilet. Masuk plak toilet macam cantik je..

Luas lapang! Boleh main teng teng kat sini


Lanun Bar. Berhadapan Coffee House
Selepas sarapan balik bilik sambung aktiviti lagi. Sebab tak puas nak menyelam, nak terjun tiruk (heheh..tak boleh terjun sebab pool 5 feet jek), Pak Incek extend checkout ke jam 4.00. Sejam mereka charge RM30 kalau tak silap. So far ok pada saya. Berbeza dengan AVR aka Avillion Village Resort yang tak de private pool tapi konsep bilik air terbuka nampak langit dan veranda yang mengadap laut. Dan katil yang punya tiang! Sesuai untuk pasangan bulan madu. Hampir 15 tahun meninggalkan AVR, insyaallah saya akan datang semula melihat keadaan yang terkini.Kalau dulu jemu dengan AVR hari² mengadap, sekarang hati teringin pulak....So, u all sapa yang nak bercuti bolehlah datang ke The Grand Lexis!

Nah! Tatapan semua (waaaaaahhhhhhhh bajet retis) puiiii! hehe


Comments

Popular Posts