Daiso Ada Hantu

Hari jumaat bagi staf gomen macam saya ni adalah waktu yang sesuai nak menjelajah shopping complex. Rehat panjang sikit dari biasa, tapi nak berjemaah ke shopping complex pun ikut mood. Kot poket tinggal lima kupang, apa gatal nak berjalan jugak kan? Window shopping buat sakit mata je. Baik tak payah.

Tapi saya nak berjalan ke shopping complex ni tak selalu. Sebab tengahari ni kan panas, rimas berjalan penat. Duduk bilik tido adalah lebih afdal. Hahha.. Dasar pemalas nak berjalan punya alasan. Dok ternak lemak, lama-lama badan pun macam di pampam. Wakaka..Area opis saya ni ada 2-3 shopping complex kalau nak berjalan hari jumaat. Mines, Jusco Equiene, Giant Equiene, Jusco Cheras Selatan. Kalau rajin Alamanda pun boleh sampai. Time jumaat ni la saya tengok kakak-kakak ni berbondong-bondong mengangkut beg plastik isi macam-macam. Ada yang rajin, beli barang kering lunch time hari jumaat. Saya tak boleh time macamni nak shopping sebab rasa macam terkejar-kejar. Tak sempat nak membaca sebiji-sebiji perkataan yg tertulis kat barang.

ok satu tempat wajib saya singgah kalau datang ke jusco ialah Daiso. Korang mesti nak menyinggah jugakkan. Takde duit pun nak jugak singgah. Nak jugak beli walau satu barang. Semua barang adalah RM5. Saya rasa semua barang ni comel sangat. Saya rasa sapa masuk mesti kene sawan beli, paling tidak sebiji pun mesti nak beli. Betul tak??

Tak payah cakap korang, saya pun macamtulah. Geram punya pasal beli jugak walhal belum tentunya nak guna. Simpan dalam drawer pastu menyemak. Buat 5S seploh kali pun rumah tetap semak sebab banyak sangat barang. Tak de space alasanya! Hahah..

Inilah benda saya beli. Kanan atas tu mould untuk waffle. Cita-cita besar tapi taktau bila nak gunanya pun kan. Tapi macam biasalah, saya amalkan beli dulu pakai kemdian. Hahaha
Pastu saya beli gak mould untuk donuts, beli pun sebab nampak comel. Jangan ditanya bila nak buat, tunggu ilham. Sama jugak mould yg bentuk muka beruang tu. Semua ni konon nak buat untuk deco Cik Comel Iman nanti sebab Cik Comel tu dah pandai. Tapi belumlah pandai makan banyak-banyak macamni. Baru yang lembik-lembik. Takpe, kita simpan mould ni. Bila sesuai kita buatkanlah nanti. Haaihh! Azam bukan main setinggi gunung. Haha..

Mould cake pun beli jugak walau oven takde. Beli mould dulu, pastu guling-guling dengan Pak Incik. Kalau dia malas nak layan, beli je yang Butterfly. Hahhaa..
Pastu beli jugak sudu sukatan tu. Motip beli? Ntah! Trringin beli sejak belum ada Cik Comel, sekarang baru tertunai. Bukan mahal pun lima ringgit je tapi amik masa bertahun nak beli. Eh sukat esen vanilla sesuai tu..

Last item saya beli yg warna coklat tu adalah corner cover. Kan Cik Omel dah mula panjat memanjat. Bahaya sangatlah kan kalau biarkan. Dah pasang pun kat meja rumah, tapi tengok ni macam cantik, beli lagi. Nak replace dengan yang ni. Dah tu je yang saya habiskan duit sebanyak tigoploh ringgit di Daiso. Memang berhantu Daiso tu.
Sekian.

Comments

Popular Posts