To Whom It May Concern : Cubalah Berlapang Dada

To whom it may concern:


Di hari yang indah dan mulia hari ini, penghulu segala hari, ingin saya menyusun 10 jari memohon maaf andai kata apa yang ingin saya tulis boleh menyentap jantung atau mampu mengguriskan hati. Tapi rasanya tulisan saya ini nanti tidaklah begitu menyenak dan menyakitkan untuk dibandingkan dengan komen anda.

Maaf untuk saya kata kan yang saya tau siapakah makhluk Allah yang mengomen blog saya. Telah saya amati dan rasanya komen itu bukan untuk saya tapi untuk nama yang saya paparkan di blog saya. Tapi apa motif perlu komen sebegitu? Sedikit pun tak berniat untuk mencampuri urusan masing² tapi sebagai manusia kita tidak berhak untuk mencerca manusia lain. Mahukan pendapat saya berkaitan komen-komen negatif anda? Maaf sekali lagi. Ini lah pandangan saya :

1. Manusia berhak menentukan kehendaknya sendiri. Baik atau tidak pilihan seseorang itu natijahnya dia sendiri yang akan menerima;

2. Sekiranya anda tidak gemar dan berasa sakit dengan paparan kehidupan orang lain, adalah lebih baik unfollow dari melihat dan membaca yang akhirnya akan membuatkan anda merasa sakit hati. Dosa bertambah akhirnya. Kita manusia ada cara sendiri untuk meluahkan perasaan, dan cara itu mungkin melegakan dan membahagiakan. As long as tidak melanggar batasan. Dan saya yakin anda juga begitu. Jadi sekiranya anda tidak bersedia untuk berlapang dada, sila UNFOLLOW; dan

3. Setiap manusia ciptaan Allah S.W.T ada sisi kurang baik. Disebut juga Allah menyukai hambanya yang telah bertaubat nasuha. Apakah yang terjadi kepada si pengkata dengan menghina yang sekaligus mengaibkan dengan membongkar masa silam seseorang? Kalau itu cara untuk menegur, begitukah cara teguran yang disaran oleh Nabi Muhamad S.A.W? Sedangkan kita adalah digalakkan tidak sesekali mengaibkan manusia lain. Anda merasakan diri anda sempurna?;

Saya tidak sedikit pun memihak kepada sesiapa. Saya meluahkan berdasarkan sikap yang anda papar di ruangan komen dan ini adalah pandangan peribadi saya. Sedikit kekecewaan dengan anda kerana kita sebagai manusia tidaklah sepatutnya dengan sewenang-wenangnya mengaib dan menghina orang lain apatah lagi ianya penghinaan untuk kawan disekeliling kita. Yang mungkin dulunya pernah bergurau senda bersama, pernah berkongsi cerita. 

Dalam dunia serba moden dan canggih, sukar untuk menutup jejak yang ditinggalkan dengan rapi. Semuanya di hujung jari dear. Dan bukan sikap saya untuk mengwar-warkan anda itu siapa. Samaran tak mampu melindungi siapa anda. Cukuplah saya katakan insyaallah berdasar jejak, mampu membuatkan saya terfikir 'kenapa anda begitu'.

Oh ya! Mungkin anda merasa gembira menari dan bersamba kerana berjaya mengkomen satu-persatu sikap dan cemuhan anda terhadap kawan-kawan saya yang disenaraikan, tapi sedarkah anda bahawa bonus tanpa disedari diterima anda dan kawan yang anda cemuh? Bonus bekalan anda setapak ke An-Naar dan kawan yang dicemuh setapak ke Jannah? Saya bukan sempurna, saya juga ada sisi silam tapi apa salahnya kita saling mengingati. Kita saling memperbetulkan kesilapan lalu? Yang berlalu biarlah berlalu. Please get a life. Kegembiraan bukan sahaja dengan kemewahan. Melihat kegembiraan dan menggembirakan orang lain adalah satu kebahagian dan kegembiraan. Dan saya yakin, secara tak langsung kita sendiri akan bahagia dan gembira. Alhamdulillah, inilah yang sangat suka saya lakukan dan usahakan. 

Akhir kata, mohon 10 jari kemaafan sekali lagi andai kata pandangan ini mampu membuatkan anda berasa loya, sesak dan senak. Ambil positive dan ianya adalah satu peringatan bersama juga untuk diri saya kerana kita ini MANUSIA. Sentiasa terlalai dan terleka. Cubalah berlapang dada.

Sekian.

Comments

Popular Posts