Cerita ke Bukit Tinggi tak sempat pun karang, cerita Langkawi pun masih tak terusik, dah berjimba lagi. Ke Kuching pulak.
Pak Incek bukan jenis yang duduk diam-diam kat rumah bila weekend, bontot panas. Ada je idea dia weekend nak dipenuhkan. Tapi as isteri solehah katanya, ikut je lah kemana suami pergi. Kan? Hehehe
Rasanya bulan November ni bulan yang paling sibuk buat saya. 8 Nov ke Langkawi sebab family day kami, lepas tu 15 November bersambung pulak ke Bukit Tinggi. Yang ni kami dan adik yang di Putrajaya je. Dan 22 November Pak Incek konon buat surprise ke Kuching. Alahai suwitnya uu..Bajet isteri dia ni tak pernah sampai ke Kuching. Tak pelah kan, enjoy je la walau ini adalah kali ke5-6 sampai Kuching atas urusan kerja dan berjimba-jimba. Percutian pendek dan short notice ni kononnya untuk menggembirakan saya menyambut hari lahir yang ke-36. Terima kasih suamiku.
|
Dilla dan Zarif di KLIA menunggu untuk berlepas |
|
Cik Omei mana boleh berpisah dengan Ibu |
Kami pergi 6 dewasa 1 kanak² dan 2 infants dengan flight jam 7.55 malam menaiki Malindo. Harap-harap tak de kejadian yang tak best berlaku lagi dengan Malindo. Next entry kalau saya tak terlupa, akan saya ceritakan. Perjalanan yang sepatutnya cuma 1.45 min menjadi 2.30 minit disebabkan cuaca kilat, hujan lebat. Mesti tau kan macammana keadaannya bila dalam cuaca macammni. Saya yang dah pernah melalui keadaan begini pun masih terasa cuak bila aircraft seakan tak stabil. Masa itulah mengucap berkali, berzikir. Ditambah lagi tiba² dengar ada orang menjerit, dan ada passengers yang sedu sedan menangis. Pak Incek genggam erat tangan saya, dan saya peluk Cik Omei seakan tak akan jumpa lagi esoknya. Alhamdulillah, setelah 3-4 pusingan menunggu untuk landing, aircraft berjaya mendarat dengan selamat. Tahniah kapten yang bertugas. Syukur pada Mu Allah.
Adik² dan mak yang tak biasa dan tak pernah melalui situasi ini, pucat dan terdiam sewaktu berkumpul di Imegresen. Saya senyum dan menenangkan dengan kata-kata hakikat 'akhirnya kita semua pun akan mati'. Kejadian itu sangat menakutkan tetapi sekurang-kurangnya ia meningatkan kita tentang kematian.
Percutian singkat dihujung minggu kami penuhkan dengan aktiviti lawatan yang dirasakan perlu dan berkeinginan dan menikmati makanan. Kami tinggal di Citadines Upland, depan The Spring. Apartment Concept yang amat-amat selesa. Sampai di Citadines Uplands, checkin dan cepat-cepat keluar makan. Citadines Uplands ni agak dalam 15 minit memandu ke Bandar Kuching dan 10 minit memandu dari Airport. Kenapa pilih Citadines ni? Sebab dan fullybooked hotel kat Bandar Kuching. Maklumlah Pak Incek dan last minute adalah memang tak dapat dipisahkan. Tapi akhirnya nasib baik tak pilih hotel di Bandar Kuching, Citadines Uplands ni memang sangat² selesa. Citadines dan Ascott adalah dalam satu rangkaian. Concept apartment yang ditawarkan adalah sangat sesuai untuk kumpulan family. Dengan menyediakan kelengkapan dapur termasuk microwave, bilik air yang sangat selesa dan bath tub, ruang tamu dan dining room yang dapat dirasai seperti duduk dirumah sendiri.
|
Lobby di tingakt 2 |
Baru perasan, karangan macam ayat wartawan! kah kah kah...Serious yang paling saya suka adalah swimming pool dan jakuzzi di tingkat 3. Lepas menyelam boleh ke gym pulak yang kedudukannya bersebelahan swimming pool.
Tapi ada yang saya rasa perlu² dipertingkatkan adalah breakfast. Buffet breakfast pada saya kosong! Mungkin sebab Citadines Uplands ini masih baru tapi harap sangat pelbagaikan lagi menu dan tidak menghidangkan menu ringan umpama nuget dan bubur sahaja.
Mari kita tengok menu makan-makan. Saya dan makanan tak boleh dipisahkan nampaknya! Ini menu makanan malam sewaktu sampai di Kuching. Sampai apartments jam lebih kurang 11.30 malam dan terus checkin. Tak boleh buang masa, terus turun masuk kereta dan paksa driver hantar untuk cari makan. Kemana pula? Ni Restoran popular RJ Ayam Bakar Jalan Abell, Kuching.
|
Menu kami-kami, kue teow goreng RJ, ayam penyet RJ, Nasi goreng rendang RJ dan Lamb Chop RJ |
|
Inilah bisrthday cake saya! Oreo Cheese cupckaes comel! |
|
Banana Cheeze. Masyaallah sedap! Walhal kalau goreng sendiri pastu tabur cheeze sama je..hehe |
|
Nachoz |
|
RJ Meatball |
Lepas burb masing², terus berkejar ke kereta nak balik tido. Hujan dah mula nak lebat, afdal kiranya balik dan cepat tido sebab next day nak bangun dan mulakan aktiviti membuang masa
|
Selamat Pagi Kuching dari 7th floor Citidines Uplands |
Bangun pagi agak liat. Jam 6.00 pagi dah cerah! Terlupa yang Kuching awal sejam dari Semenanjung.
|
Menunggu kereta sewa di lobby |
Aktiviti pertama 23.11.2013 (Sabtu) adalah ke Wildlife Centre. Tapi diingatkan korang kalau nak datang sini kena tahu musim. Kalau musim buah-buahan, jangan korang harap nak dapat tengok anak beranak Manap & Minah ni keluar. Bukan je hidung, bulu pun usah mimpi korang nak dapat tengok sebab musim buah-buahan mereka lebih selesa duduk dalam hutan dan makan buah-buahan yang tumbuh dihutan. Masa kami sampai staf Semenggoh Wildlife Centre jenuhlah umpan buah dan panggil suh deme keluar tayang muka , haram tak diendahkannya. Maka pengunjung yang datang balik lah muka dengan muka toya. Kalau korang nak jugak, tunggu nak tengok anak beranak ni, sampai sudah musim buah barulah keluar sebab time tu mereka baru sedar lapor. Masa tu la korang nak bergambo tahap jengga!! Kalau korang sangapla sanggup tunggu musim buah. Tapi tak pasti lah staf Semenggoh Wildlife Centre tu bagi ke tidak. Hahahha..
|
Lepaskan lelah menurun bukit sebelum meneroka ke alam Orang Utan |
|
My Lovely Family |
|
Dalam 10-15 min di ruangan menunggu masih tak muncul kami berkeputusan ikut track yang disediakan untuk mencuba nasib kalau-kalau dapat tengok family Delima atau Manap |
|
Cik Omei pun ikut sekali tau! |
|
Ini adalah Interpretation Centre |
|
Indahnya kehijauan ini. |
|
Berselfie |
|
Inilah ruangan menunggu yang disediakan untuk pelancong yang malas untuk berjalan kaki ke dalam. Kalau korang bernasib baik, Orang Utan akan muncul ditepi² |
|
Sempat rembat sedas dua |
|
Kene berjalan sedikit ke dalam tepi hutan untuk melihat Orang Hutan dan sarangnya! |
|
Trek yang mudah |
|
Diliputi akar yang seakan tangga bertingkat |
|
Periuk Kera species yang saya temui sepanjang perjalanan |
|
Add caption |
|
Pokok Tumpang aka langsuir eih? |
|
Tristania ni buat otak saya memproses Tristan anak Serina Redzuan. hehehe |
|
Bunga hutan |
|
Inilah anak beranak yang nak dijenguk |
|
Seduku's baby boy yang super duper comel |
|
Masuk hutan bawak handbag ke office, shawl belit leher dan kasut office. Mampoo tak? |
|
Buaya pun ada jugak di sini tapi tak banyak |
|
Terjaga kawasan sekitarnya |
|
Pulang dengan hampa tapi puas hati dapat belajar sesuatu.
|
|
Kene senyap kalau tidak Orang Utan taknak datang |
|
Sebelum meninggalkan Wildlife Centre
|
Comments
Post a Comment
Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.