Thursday, 26 December 2013

Kedah, Langkawi

Entri ini sepatutnya keluar lebih dulu sebelum Kuching. Sebab Projek ke Langkawi ni seminggu sebelum ke Kuching. Sebenarnya kan mood ni sukar sangat di duga. Bila engine dah mula, susah pulak nak berhenti, Tapi bila enjin sejuk, susahnya nak panas!

Ok, Projek Langkawi ni boleh dikira projek Hari Keluarga 2013. Alhamdulillah, takde seorang pun yang tertinggal. Semua dapat turut serta. Biasalah kalau kakak yang paksa adik² kan?Kami pergi 8 November 2013 sehingga 11 November 2013 dengan menaiki Malindo Air. Walau ada kejadian yang buat saya nak bakar Malindo, tapi kami semua bergembira dengan penerbangan ini.

Flight kami yang sepatutnya pada jam 11.28 pagi telah bertukar ke jam 4.30 petang. Jadi, sehari kami kene bermastautin di KLIA ye tuan/puan. Arghhhh!!!. Sewaktu saya menempah secara berkumpulan, saya dah diberitahu masa yang available adalah jam 11.28 pagi dan saya cuba request untuk masa petang. Staf Malindo did mention tiada penerbangan seperti yang diminta dan mengikut pemahaman saya, saya akurlah dengan masa yang diberikan.

Kemudian, saya buat pembayaran penuh dan email senarai penumpang dan butiran seperti yang dikehendaki. Hinggalah tiba hari kejadian, waktu saya nak check in, ada masalah disitu. Masalah timbul bila nak checkin, nama kami tiada. Akhirnya saya hubungi reservation Group dan dan dapat bercakap dengan person incharge. 

1. Masa penerbangan telah bertukar ke jam 4.30 petang sedangkan pada awal masa saya buat tempahan awal² mamat yang sediakan quortation ni kata masa yang saya request tak ada!! Then bila saya dah buat full payment, ada pulak dan tak remindkan saya. Ok mungkin salah saya tak alert!

2. Sewaktu saya membuat pembayaran, saya sertakan sekali butiran senarai nama penumpang. Tapi mamat ni sekali lagi kata tak tak teriam. Wal hal saya dah email 2 kali okeh. 2 kali ye, bukan sekali!! Kalau sekali je saya email, bolehlah cakap saya tersilap tak buat attachment, tapi 2 kali. Bila saya tanyakan kenapa tak hubungi saya sedangkan dalam email saya dah letak nombor untuk dihubungi, mamat ni jawab tak dapat hubungi saya. Halooooooooooooooo..Saya bukan tempah hari ni tempah esok nak fly. Saya tempah 1 bulan lebih awal okay. Dah la menjawab email macam nak tak nak je, cakap over pun macam malas!! Hah...Dan perasaan saya seperti 'tak de apa beza pun dengan Airasia' 
Berselfie sementara menunggu 4.30 ptg
Cuma bernasib baik, dalam penerbangan takde apa-apa halangan dan semuanya okay kecuali benda itu yg mengspoilkan mood kami! Kalau u olls naik Malindo mereka akan provide snek dan mineral water. Korang juga akan dihidang dengan monitor di depan kerusi anada. Ada beberapa pilihan entertaiment untuk mengelak korang boring. Tapi jangan lupa bawak headphone ye. Kalau tak haram tak dengar apa pun!

Kali ni abang kacak tak menangis macam ke Bandung tempohari
Landing di bumi langkawi, kenderaan dan sedia menunggu. Kami tempah econovan dan Vios. Cukup untuk keluarga besar kami. Disebabkan kami sampai lewat petang, kami tak buat apa sehari. Terus ke Bumi Holidays dan makan dan rehat dan tidur awal sebab kami akan keluar awal pagi.

Awal pagi 9.11.2013 kami dah bangun dan terus tour pulau. 
Persinggahan Pertama



Sampai kat tempat menunggu gua kelawar, saya tak sanggup berjalan ke gua. Bau tak tahan weh!!

aquamarin

Abah dengan belangkas

Abaikan rupa yg makin tembom tu


Mail ke apa nama pari ni










Pemilik pulau

Bot satu lagi

Kami tak dapat ke fish feeding sebab ombak kuat
Kami berhenti di kawasan yang dipenuhi oleh lang yang bebas berterbangan di angkasa sebelum berhenti di kawasan pantai yg privasi dalam 1 jam. Pulau cerita kalau tak silap namanya. Takde siapa pun disitu. Puas kami makan makanan yang kami bawa dan mandi bersama. Pasir putih, air jernih. Argghhh. Pulau yang dihuni oleh monyet liar yang berjaya mencuri sebungkus roti gardenia. Rezki kamu lah monyet.

Sebahagian keluarga ada di bot satu lagi

Sempat merakamkan kenangan di dinding batu KILIM GEOFOREST PARK. Tour pulau sudah mengambil masa sehari.

Next day 10.11.2013 kami ke waterworld dan its so fun.


Bila entri, ada 2 mamat bangla petugas disini ambil gambar guna DSLR. Saya amik kesempatan minta mereka snap guna camera Note 11. Save kami tak perlu beli gambar dari mereka. hehe














Dengan mak abah




Mak Pak Lang





Mak Pak Tam


Water world juga sediakan ruang cenderamata
Puas tengok makhluk aquamarine, kami sambung memborong coklat!! Wohooo!!!!!!!Coklat di mana-mana di mata. Bila coklat saya memang kalah, tapi saya bukan penggemar coklat. Saya memborong untuk hadiahkan untuk kawan dan saudara...hehehehe

11.11.2013 hari terakhir untuk berjalan-jalan. Kami checkout petang tu juga sebab flight kami jam 9.00 pm. Tak banyak tempat dapat kami pergi kecuali ke Cable Car dan kami tak naik pun cable car sebab punyalah ramai orang. Kami jalan² je.





The siblings!




Ok....Mari nikmati pemandangan sekitar langkawi ni






Tadaaaaaaaaaaaa..Habislah percutian kami sekeluarga 2013. Ini adalah perjalanan kali kedua dalam hidup saya ke Langkawi. Pertama 5 tahun lepas atas urusan kerja dan biaya opis. Toceeee

No comments:

Post a Comment

Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.

PENAFIAN @ DISCLAIMER

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di alenewphase.blogspot.com ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada alenewphase.blogspot.com. SEKIAN.

Adalah dimaklumkan sekali lagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998