Thursday, 26 December 2013

Sarawak, Kuching - Part 2 Jong Crocodile Farm & Zoo

Tenaga masih banyak lagi untuk teruskan berjimba. Kami berkejar ke Jong Crocodile Farm & Zoo sebab feeding crocodile adalah jam 11.00 pagi. Kot lambat nanti, melepaslah nak tunjuk kat Cik Omei apa binatang yang mulut panjang menganga tu kan.

Jong Crocodile Farm & Zoo ini adalah pemilik individu berbangsa cina. Kalau masuk dalam tu memang boleh tengok buaya dari dekat dan gila gemok. Memang takdelah buaya kurus² melidi ni. Mana tak sihatnya makan 2 kali sehari jam 11 dan jam 3 petang setiap hari. Makan pulak heavy seperti ayam dan organ dalaman. Organ apa, tak pulak saya meneliti. Tak kuasa akak!

Selain crocodile feeding, adalah acara memberi makan secara berjemaah ikan araipama gigas antara jam 11.30 dan 3.30 petang. Yang ni tak sempat dan tak sanggup nak tunggu sebab Cik Omei dah mula buat konsert, cepat² keluar dan tak sempat pun nak membelek satu persatu gambar² bujang senang membaham mangsa. Kami 2 beranak duduk diluar sambil menunggu yang lain keluar.



Nasib baik tido lepas crocodile feeding time

Kami adalah kumpulan yg ke 81 untuk hari itu


Ada merak

Merak, ayam hutan dan angsa lepas bebas



Post poyo dari mereka! 

Lepas bergambar, kami dah tak larat nak teruskan berjalan lagi. Maklumlah bawak si kenit² kan. Ajak Pakcik driver makan. Yang bestnya Pakcik driver ni mesti bawa kami ke tempat makan yang popular dan sedap. Huhu.. Lepas makan, singgah Pasar Satok. Tengok² apa yang patut. Tempah ikan masin terubuk dan akan collect sebelum balik esok.

Dalam perjalanan balik ke Cipadines, Pakcik driver berhentikan kami di kilang pasu untuk melihat pemprosesan pasu. Saya rembat jug dari tanah liat!!







No comments:

Post a Comment

Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.

PENAFIAN @ DISCLAIMER

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di alenewphase.blogspot.com ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada alenewphase.blogspot.com. SEKIAN.

Adalah dimaklumkan sekali lagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998