Hong Kong 2014 - Applikasi MTR Tourist

Kalau kita nak berjalan tempat orang, kenalah rajin mencari maklumat tempat yang kita nak pergi. Ianya sangat membantu kita bila kita sampai di tempat yang kita nak lawat. Jadi, kita nak share dengan u olls apps yang kita gunakan semasa melawat ke Hong Kong. Banyak yang kita download, antaranya Mobile Bus Info, MTR Tourist dan Hong Kong Info. Tapi kita nak cerita pasal apps MTR Tourist ni sebab best sangat cara gunanya dan seriously sangat-sangat membantu merancang perjalanan kita.



Kita click pada Itenary Planner dan kita set lokasi dari mana ke mana kita nak pergi. 

Apps ini akan paparkan setiap hentian dan arah yang kita nak pergi dengan menaiki MTR. Senangkan ?? Ini Itenary kita untuk hari kedua nak ke Disneylands. Saya mulakan dengan Park Hotel yang berlokasi di Tsim Tsa Tsui.

Korang click kat paparan yang gambar train kemudian nampaklah paparan macam atas ni. Segala macam hentian yang korang kene lalui akanditunjukkan. Tapi sebenarnya dalam MTR tu pun dah ada map nak kemana dan hentian apa. Cuma kalau korang guna apps ni lagi mudah dan detail. 


 Senang kan? Yang tambah senang lagi ialah apps ini akan merekodkan itenary korang so bila nak update blog, takyah takut ada yang tertinggal atau terlupa sebab dah list dalam apps ini. Ka ching!! Untuk Mobile Bus Info apps pun lebih kurang penggunaannya, cuma kita tak banyak menggunakan bus ketika di Hong Kong kecuali ke Stanley Market, jadi kita tak focus pada apps ini. Kita focus pada MTR Tourist sebab hari-hari kita gunakan MTR sewaktu di sana. So far, tak sure kat negara lain ada tak. Kita servey kalau kat Korea dipanggil Subway tapi kita ak habis mentelaah penggunaannya lagi. Nanti dah balik Korea kita hapdet kan. 




Comments

Popular Posts