Indonesia 2013 - Bandung

Kali ni saya ke Bandung cuma bertiga dari 19 - 22 Disember 2013.  Tak merancang awal cuma tiba-tiba Pak Incek ajak ke sana.  Macam biasa saya suka pilih flight awal pagi jam 6.30 pagi. Masa tu Cik Iman akan tidur lena, jadi takdelah menjerit buat aksi. Saya pilih Hot Seat baris 2 di depan. Mudah nak bergerak ke tandas atau nak buat susu Cik Iman Zara.

Kali ni kami stay di Hotel Gio Feruchi Jalan Kebon Jati. Kalau dilihat di tepi jalan, kecil je hotel ni. Bersebelahan dengan Bangi Kopitiam. Tapi bila masuk dalam agak luas sebenarnya. Biasalah, kalau ke Bandung, bangunan sebelah menyelit dengan rumah orang dan pelbagai lagi. Itu adalah kebiasaan. Saya suka hotel ni, dengan keluasan bilik yang sesuai untuk berlima dewasa, ada karpet, non smoking room dan interior bilik yang menyenangkan mata. Kebiasaannya bilik hotel di Bandung ni besar-besar, luas-luas. Seronok! Boleh main kejar-kejar kat dalam.

Mohon abaikan kaki tu, fokus pada selipar tu

Pintu masuk

Deco dinding

Budak kecik tu memang suka buat kerja

Bilik air

Kalau korang datang ramai, boleh jugak sorang tempatkan kat sofa tu

# Memandangkan entri kali ni adalah entri tahun 2013, jadi ada kemungkinan nama tempat lokasi saya tak mampu untuk ingatkan. Jadi maafkan saya, tapi saya akan cuba mengingat dengan sebaiknya.

19 Dis 2013
Sebelum ni kalau ke Bandung, biasanya saya akan pilih landing di Jakarta tapi kali ini pilih untuk turun di Bandung. Kejutan buat saya, kecil dan sempit airportnya. Nasib baik, Pak Supir dah setia menunggu jadi kami tak menunggu lama selepas melepasi Kastam Airport. Cuaca baik, masih awal di jalanan jadi kedai masih tak dibuka. Saya perhati, jalan di Bandung banyak yang sudah dibaiki nak dibandingkan kali terkahir saya ke Bandung pada 2011 lalu.

Macam biasa, nak check in memangla belum masanya kan? So, Pak Supir terus bawak ke Pasar Baru. Pasar Baru ni macam tempat wajib kene datang kalau ke Bandung. Tapi kali ni saya tak shopping langsung untuk diri sendiri, saya datang untuk tengok material untuk shawl. Alhamdulillah, material yang di cari memang dijumpai. Cantik-cantik sekali tapi masih belum siap prosesnya untuk dijual. Insyaallah kalau dah siap nanti, saya akan upload di FB, IG dan blog. Memang ambil masa yang agak panjang sebab saya jahit sendiri. Korang jangan lupa beli tau!! Dalam setakat membeli material shawl, Pak Incek beli jugak kain pelikat untuk dihadiahkan kepada saudara dan kegunaan sendiri. Biasalah Pak Incek, koleksi kain batik mengalahkan kain batik saya. Hahahha..Kami keluar dari Pasar Baru lebih kurang jam 3.00 petang dan sebelum ke hotel, kami singgah di restoran untuk lunch.

Tips
# Pasar Baru tutup jam 5.00 ptg. Pukul 4.30 ptg pun dah ada kedai yang tutup
# Banyak pencuri jadi kene berhati-hati lah. Jangan pakai bag sandang di belakang, seeloknya slig bag ke depan.
# Jangan mengada nak pergi hari Sabtu Ahad. Hari biasa pun ramai apatah lagi hari minggu. Itu hari liburan

20 Dis 2013
Hari ni adalah birthday Cik Iman Zara. Genap setahun. Ibu dan ayah love you sangat sayang. Hope kasih antara kita kekal till Jannah.


Bangun awal pagi dengan rancangan untuk ke Tangkuban Perahu. Sarapan pagi siap-siap. Makanan memang banyak menu dan bolehlah tahan juga. After breakfast, terus menuju ke Tangkuban Perahu. Memang kami rancang untuk pergi awal pagi sebab nak mengelak macet di sepanjang jalan dan di Tangkuban Perahu. Dari pintu masuk nak sampai ke puncak tu agak jauh juga dan jalan agak curam. Menurut Pak Supir, tidak dibenarkan sama sekali untuk pengunjung berjalan dari pintu masuk ke puncak sebab keselamatan. Menurutnya, ada binatang yang mukanya menyerupai monyet tetapi bergerak seumpama harimau yang kadang-kadang memunculkan diri. Wallahualam betul atau tak saya tak pasti. Sebab Pak supir pun tak pernah jumpa sebab dia hanya dengar dari orang-orang tua.

Sesampai di puncak, cuaca memang sejuk bila angin bertiup. Kat sana memanglah kene banyak bersabar sebab banyak penjual yang akan ikut kita kemana kita pergi. Beribu kali cakap takmau pun depa mana paham. Masih jugak nak follow. Takpe, abaikan je. Biarkan je mereka. Sebenarnya saya dah sampai Tangkuban Perahu sebelum ini, tetapi Pak Incek tak pernah sampai lagi. Kiranya revisit untuk saya. Sebelum ini, Pak Incek nak pergi sewaktu lawatannya pada 2011 tapi memandangkan ketika itu Tangkuban Perahu di tutup kerana rusuhan, terlepaslah peluang.

Di sini jugak di sediakan surau. Mohon abai muka setalam ni ye!

Itulah kawahnya

Masa ni dah nak balik sebab orang dah mula ramai 


Di hadapan pos pengaman

Kedai-kedai yang menjual cenderamata

Tips
# Jangan mintak tolong pada penjual untuk snap gambar korang kalo korang tak nak beli barang mereka
# Takyahlah beli cenderamata yang dijual di sini sebab harga lagi berganda dibanding di pekan atau tempat lain
# Katakan 'Tak Mahu/Tidak/Terima Kasih sahaja' kalau tak nak mereka mengekori kita
# Pakailah pakaian yang sesuai sebab bila angin bertiup, sejuknya sampai ke tulang
# Datang awal pagi jadi selesa sikit nak bergambar dan berjalan
# Kalau datang dengan supir, biar je supir yang berurus niaga di kaunter masuk

Kami tak lama di sana lebih kurang sejam lebih. Kami mula turun dari Tangkuban Perahu bila nampak orang mula ramai dan rasa dah tak selesa. Kali ni Pak Supir bawak kami melalui short cut. Jalan kampung tepi puncak. Cantik sangat pemandangan, kami nampak rumah tepian puncak dan dapat melihat keseluruhan Bandung. Kami sampai ke Bandung dan berkeputusan untuk ke Outlet di Jalan Dago. Bandung tak banyak mall tapi mereka banyak outlet. Outlet seperti Nike, Polo, Grande, Rumah Mode, Toko Tiga dan macam-macam lagi. Banyak outlet kami menyinggah tapi tak ada apa yang dibeli. End up, kami ke Toko 3 dan Pak Incek memborong T shirt. Saya pun tumpang sekaki membeli long sleeve T shirt.

Toko 3

Kepenatan menunggu ayah shopping


Lepas memborong T-shirt kami terus ke Rumah Anak Kecil. Yang memang dalam list saya sebab banyak baju budak-budak yang cantik-cantik sangat. Tiap kali ke Bandung memang saya akan datang ke sini. Harganya agak murah juga dan banyak pilihan yang cantik.

Kami singgah di rumah makan sebelum balik Hotel. Berehat dan tidur. Memang kebiasaan kami takkan keluar malam lepas balik ke hotel. Lagi pun, kami bukan nak pergi dengan padatkan jadual kami. Bak kata Pak Incek kita leisure² je.

21 Dis 2013

Ada kejadian yang sebenarnya mencabar kesabaran sebagai ibu. Hahahaha..Otw nak ke mall (tak ingat nama) Cik Iman Zara meragam. Saya agak dia nak poo sebab Cik Iman Zara ni ada habit setiap kali nak poo mesti dia naik baekkkkk punya dan dah kenal nada nangisnya lah! Macam biasalah saya akan peluk sambil pujuk. Paed Cik Iman Zara kata dalam 1000 budak ada sorang yang macam ni. Bukan sakit tapi geli! Alahaiiii.....Nasib baik dalam flight tak pernah pulak dia nak poo. Selagi tak cuci selagi tu dia akan nangis. Berbalik pada hari kejadian, Cik Iman Zara ni memang menangis melalaklah..Saya tak suspect apa². Tetiba saya rasa riba saya basah dan baru saya sedar, Cik Iman Zara cirit. Habis seluar saya terkene sekali. Amboi wangi satu kereta lah. Pak Incek dah rasa bersalah dah dengan Pak Supir, nasib baik supir dah biasa dengan kami. So, sampai je kat mall tu cepat-cepat kami mencari toilet untuk mencuci segala-galanya. Hahahhaha..YAng kelakar saya terpaksa mencuci seluar saya dan habis keseluruhan basah. Harus bertahan sahaja dan tak berani pulak saya nak bercakap dengan Pak Incek memandangkan saya tengok muka Pak Incek dah lain macam. Sebaik habis cuci, Pak Incek terus ajak keluar dan berkeputusan ke Paris Van Java.

Sampai Paris Van Java, misi saya mencari pakaian baru. Tak berlengah Pak Incek pun turut sama servey pakaian. Pantas saya tukar pakaian di toilet yang macam taman lengkap dengan landskap yang cantik dan ada kolam ikan bila pakaian bertukar tangan.

Kemainkan ko Cik Iman Zara

Tiada yang menarik di sini

Antara landskap yang ada

Jeng jeng transform terus!

Takde motif tapi suka dengan lampu ni

Lebih kurang jam 4.00 kami tinggalkan Paris Van Java dan marathon ke mall yang mula-mula kami pergi. Untuk membeli kain pasang untuk jadikan buah tangan. Sampai sana kedai dah banyak yang tutup tapi bernasib baik ada kedai yang masih buka. Rezeki merekalah. Kalau hari sebelum ini saya pulang jam 3.00 petang hari ni saya pulang agak lewat jam 6.00 lebih kurang.

22 Dis 2013

Last day! Yayyayayya..boleh balik. Dah rindu rumah dah. Malam lagi dah siap packing dan terpaksa beli lagi 20kg untuk balik. Hahahha.. Dalam tak beli apa², kene beli gak 20kg untuk isi barang. Siap beli beg lagi pada hari sebelumnya. Lepas breakfast, kami terus menuju airport tapi singgah ke Kartika Sari untuk beli kek dan coklat. Selain kek, saya suka beli kuih yg pulut inti serunding ayam. Tapi tu tak tahan lama selewatnya jam 4.00 petang tempohnya. Hoyehh!!!!

Habis jugak entri ni. Tak banyak gambar sebab masa ni entah kenapa malas sangat nak ambil gambar.

Comments