Hong Kong - Part 2
Ini memang perangai saya kalau karang entri bersambung-sambung. Ambil masa sangat nak menyambung. Maafkan saya yang pemalas ini. Hehehe.
Day 2 .Tujuan sebenar ke HK akan dimulakan seawal pagi. Disneylands tujuan kami. Dari hotel berjalan kaki ke Tsim Tsa Tsui MTR station ke Disneyland station hanya mengambil masa 39 minit. Boleh tahan ramai juga orang turun di Desneylands station. Jangan risau terlepas station ke apa sebab Disneylands station adalah yang penghujung sekali. Lagipun panduan adala dalam MTR. Mudah sangat ye kakak-kakak adik-adik.
Selepas gerbang Disneylang, korang akan jumpa benda yang kat belakang kitaorang tu. Lepas tu barulah korang kene beratur dengan sabar untuk enterance |
Jangan lupa ticket ini. Saya beli siap-siap di malaysia tiket Disneylands One Day Pass RM180x3 orang. Selain tu saya beli juga siap-siap Madam Tussauds Admission - Return Peak Tram + Sky Terrace ticket RM113x3 orang. Jangan pulak korang lupa nak bawak, menjawab la nak kene beli lagi. Korang boleh beli di Star Moon Vacation Dah la beratur bukan main panjang walau pun pintu exit banyak tapi orang memang sangat ramai. Kat sana tak boleh bawak makanan dari luar sebab dalam tu ada disediakan restauran juga. Saya bawa beg sandang untuk isi makanan dan susu anak, mereka cek beg kita tapi pandai-pandailah korang nak sorokkan makanan kalau korang nak bawak. Saya selitkan biskut dalam pampers anak. Hahaha.. Halal food kat sana hanya ada di Tahitian Rest. Ada curry ayam, ada nasi beriani tapi jangan korang nak samakan rasanya macam kat sini la ye...:)
Si kenit ni suka sangat nampak Mickey |
Dengan Minney |
Dengan Goofy. Masa ni Goofy suka sangat melayan Cik Bambam. Sampaikan orang yang que nak bergambar dengan Goofy pun ketawa dan ambil gambar dengan Cik Bambam..heheh |
Kemain lagi kan |
Kapten Hook? |
Show case terakhir sekali yang sempat kami ikut |
Building kat sini semua lebih kurang macamni. Macam cowboy Town |
Saya beli untuk diri sendiri |
Untuk niece |
Kedai cenderamata memang banyak dan boleh rambang mata dibuatnya |
Bila uolls sampai je Disneylands, jangan terus korang gembira sana sini bergambar sana sini, cecepat ambil event pamplet sebab Disneylands ada showcase setiap beberapa jam. Jadi taklah korang terlepas showcase nanti. Sehari kami peruntukan masa untuk berjimba di Disneylands. Sampai hotel terus pengsan sebab banyak sangat berjalan sana sini, kejar showcase takut terlepas lagipun bukan dekat nak datang lagi. Memang seronok sangat.
Comments
Post a Comment
Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.