Surah Al-Isra' punya bukti kemenangan Islam ke atas Israel
ALLAHUAKBAR! Peristiwa yang berlaku antara Israel dan Palestin telah pun Allah nyatakan dengan jelas dalam Al-Quran. Allah Allah Allah..
Mari menghayati ayat Al-Quran surah Al-Isra' ayat 4-7.
MasyaAllah, rupanya konflik Israel-Palestine tercatat didalam ayat2 ini, dan sedang berlaku di depan mata...Subhanallah, isi kandungannya ayat-ayat ini merupakan bukti-bukti kebenaran Al-Quran yang harus dikongsikan bersama semua.....
Umum tahu kekejaman Israel. Sedang kita lena tidur, GAZA dihujani peluru. Sedang kita enak menikmati juadah berbuka puasa, GAZA bergegar lagi, saat kita mengadap hidangan sahur dengan mata yang payah dibuka, anak kecil melayang nyawanya di GAZA. Ya Allah Ya Rahman YA Rahim. Aku jauh lebih bernasib baik dari mereka di GAZA. Bernasib sedikit baik di dunia tapi tiada jaminan di akhirat. Ibu bapa di GAZA menghantar anak mereka untuk berjihad. Shahid menjadi impian mereka. Aku akui selalu memikirkan pengakhirannya? Sampai bila? Tak sanggup lagi mendengar dan melihat kekejaman rejim zionis membunuh umat islam.

Leka membuka FB di tengahari sambil melayan mata mengantuk, tiba-tiba ternampak update status dari seorang kawan yang juga sharing maklumat dari kawan-kawan FB. Pantas jari memetik dan nah! Allahuakbar. Allah menjawab semua persoalan di benak. Allahuakbar. Teresak-esak aku menangis di tengahari buta. Betapa aku lalai selama ini, segalanya telah disebut di dalam Kitab suci Al-Quran. Cuma aku yang lalai, tidak langsung mengkaji, membaca dan mencari. Menangis aku seketika membaca tafsirannya. YA Allah ampunkan hambamu ini yang lalai. Ya Allah, berikanlah kekuatan dan semangat kepada saudaraku di GAZA untuk menghadapi ujian. Doaku sentiasa bersama mereka. Aminn YA Rabb. Copy paste tafsiran yang buat aku menangis :
Terjemahan di dalam bahasa Melayu bermaksud:
[Al-Isra':4] Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) DUA KALI, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.
[Al-Isra':5] Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang PERTAMA dari dua itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah** dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.......(**Kisah pembebasan BaitulMaqdis oleh pahlawan Islam agung Salehuddin Al-Ayubi)
[Al-Isra':6] Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.
[Al-Isra':7] Jika kamu berbuat kebaikan, (maka) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) KALI KEDUA, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada KALI YG PERTAMA; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.
Tentera Al-Qassam (Palestine) yang sedang mempertahan dan memerangi zionis laknatullah Israel itu sedikitpun tidak akan gentar malah yakin seyakin-yakinnya akan janji-janji Allah bahawa BaitulMaqdis akan dibebaskan buat kali KEDUA oleh pejuang-pejuang Islam yang benar, dan Israel akan diberikan penghinaan/kemusnahan yang selayaknya.

Yakinlah bahawa masanya akan tiba untuk kita menyaksikan pembebasan dan kemenangan rakyat Palestin dalam membebaskan tanahair mereka daripada kekejaman zionis Israel. Dan sekaligus membebaskan Bailtul Maqdis dan mengembalikannya kepada umat Islam sedunia.
ALLAH AKBAR!!!
Comments
Post a Comment
Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.