Nasi Ayam Hainan dan Ayam Goreng Kari Versi Ringkas

Salam Syawal semua..

Syawal yang datang bersama dengan kesedihan.
Saudara kita, abang, adik, kakak, ibu dan bapa kita yang berada di GAZA dan SYRIA
Menyambut syawal dengan kesayuan
Mungkin semangat kita bersama mereka di sana
Lantas sambutan syawal tahun ini suram
Sesuramnya perasaan saudara kita di sana yang kehilangan keluarga mereka
Alfatihah buat mereka yang pergi menemui penciptanya..
Insyaallah syurga menanti mereka di sana..
Kami disini titipkan doa buat kalian..
Semoga doa ini mampu menjadi senjata yang tidak ada pada musuh² islam..
Insyaallahhh...

Sebenarnya nak share resepi yang ala kadar. Last minute deside untuk tamu yang datang. Resepi biasa dan rasanya semua pun teror. Saya rekodkan di sini untuk memudahkan saya menyemak kembali..

NASI AYAM HAINAN

Bahan Perap A
Bawang merah
Bawang putih
Halia
* Blend

Bersihkan ayam [Jangan potong ayam kepada beberapa bahagian. Birkan seekor atau belah 2 sahaja]. Kemudian perap ayam 30 minit. Sambil perap panaskan air hingga menggelegak. Kemudian masukkan ayam tadi dan biarkan hingga masak dan angkat.

Bahan Perap B
Kicap cair
Kicap pekat
Oyster Sauce
Minyak bijan
*Gaul

Perap ayam yang telah direbus tadi paling minimum sejam. Lagi best dekat² 2 jam. Ketepikan ayam. 

Bahan Tumis
Bawang merah - Blend
Bawang putih - Blend
Halia - Blend
3 serangkai
Daun pandan
Daun salam
Susu cair segar
Air rebusan ayam
Garam

Basuh beras wangi kemudian toskan dan masukkan dalam rice cooker. [Ukuran air 1:1.5]. Tumiskan 3 serangkai sampai naik bau sikit [makesure jangan hangus pulak], kemudian masukkan bawang merah, putih dan halia. Tumis sampai naik bau, masukkan pulak daun salam dan daun pandan. Kemudian masukkan susu cair segar. Bila menggelegak masukkan air perapan ayam. Jangan lupa buh garam.  Masa ni korang kene pandai sukat air untuk disesuaikan dengan beras yang dah ditoskan tadi. Tuang bahan tumis tadi ke dalam rice cooker mengikut sukatan. Tutup! Insyaallah, masak cantiklah nanti.

Bahan kicap
Baki perapan ayam tadi campurkan dengan air rebusan ayam dan jerang. Tambahkan bahan perapan B kalau nak bahan kicap tu banyak.
* kalau nak pedas, blend dengan cili api

Sambal Cili
Cili besar
Cili padi
Cuka/Lemon
Garam
Gula
* Blend semua dan masak hingga likat.

Sup
Bawang merah
Bawang putih
halia
3 serangkai
lada sulah
kobis
kaki/leher dan tulang ayam
daun sup
bawang goreng

Saya buat sup jawa. Tumiskan 3 serangkai, semua bahan blend termasuk lada sulah sampai naik bau. kemudian masukkan air rebusan ayam dan biar sampai mendidih. Kemudian masukkan kaki/leher dan tulang ayam tadi. Biarkan sampai betul² empuk dan masukkan kobis yang di potong² sederhana. Padamkan api, taburkan dengan daun sup dan bawang goreng.

Cara buat bawang goreng rangup
Potong bawang merah dan putih. Asingkan. Gaulkan bawang merah dan putih dengan tepung dan tabur garam sedikit. Goreng berasingan antara bawang merah dan bawang putih. Bawang putih mengambil masa lebih sedikit untuk garing, jadi kalau kita goreng campur, bawang merah hangit. Toskan dan biarkan atas paper roll kitchen. Kemudian boleh masukkan dalam balang. Insyaallah boleh bertahan.

Selepas sejam ayam diperap, goreng ayam style deep fry tapi jangan lama sangat untuk mengelakkan ayam keras. Cukup setakat nak bagi kering kulit luaran. Angkat dan gantungkan ayam untuk toskan minyak. Potong bila nak makan. 

Ayam Goreng Rempah Ekspress
Potong ayam kepada 8 - Ikut suka
Halia - Blend
Bawang besar - Blend
Bawang putih - Blend
Kari ayam
Daun kari
Garam
Gula

Gaul semua bahan ni dengan ayam dan perap. Bila ada tamu terus goreng!

Selamat mencuba





Comments