Potato Beef Bake Sempoi

Kepakaran memasak saya adalah ditahap rendah. Kalau ada range 1 - 10 saya akan letakkan diri saya di tangga 3. Dulu masa anak dara belum kawin, tengah sibuk waktu-waktu lgha dan muda, mak memang paksa ke dapur untuk masak. Saya ke dapur tapi tak absorb kot apa mak ajor. Hahha..Selalu menjawab pada mak dan fikir lepas kawin mesti automatik pandai masak. Gila apa? Tak belaja tak hapa terus pandai. Magik apakah kan?

Lepas kawin memanglah kene masak-masak-masak. Boleh masak tapi skil masak rendah. Lagi-lagi membaking, memang kelaut. Tapi gembira mujur ada google! Google je resepi apa nak masak, tadaaa terus masak. Sebenarnya saya masak mengikut imaginasi. Masak ikut hati. Masak with Iman. Hehehehhe.. Masakan traditional memang bukan kepakaran saya. Kalau dah semua pun bukan kepakaran, apa pulak kepakarannya? Makan! Hahahah..

Ala, nak cerita je semalam tetiba terfikir 'macammana nak burgerkan kentang?'..Jadilah bahan campak di bawah. Kalau ada yg suka bolehlah ikut resepi. Perlu diingatkan, sukatan adalah ikut gerak hati. Saya masak memang semuanya serba ringkas!


6 biji kentang 
Daging hancur
1 biji telur
Black paper 
Chili flakes
Garam
Daun basil
Daun parsley
Daun bawang - Hiris nipis
1 biji bawang besar holland - Potong dadu kecil
2 biji bawang putih - Potong hancur
Minyak zaitun
*cheese (ikut suka tapi saya gemar tambahkan)

Proses amat senang, semuanya campak-campak. Buang kulit kentang dan sagat. Kemudian masukkan sekeping setengah daging hancur ( Jenama Ramly). Sebenarnya saya suka fresh meat tapi kalau dah takde yang frozen pun bolehlah. Kemudian masukkan semua bahan dan gaul hingga rata. Sukatan adalah agak-agak je lah. Kemudian boleh buat bentuk yang korang suka dan saya suka bentukkan seperti burger.

Masukkan dalam magic pan dan bakar dengan api perlahan. Jangan lupa untuk terbalikkan sebelahnya pulak. Boleh dimakan macam tu sahaja, atau letak mayonis black paper atau dengan roti seperti sandwich. Sekeping pun dah kenyang.



Comments

Popular Posts